Permohonan Biasiswa Cagamas 2025 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Cagamas 2025 Online (Semakan Keputusan). Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, Cagamas Berhad mempelawa kepada pemohon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Cagamas Berhad bagi program Ijazah Sarjana Muda tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian di laman web www.cagamas.com.my sehingga 31 Julai 2021.

Permohonan Biasiswa Cagamas 2024 Online

Cagamas Berhad (Cagamas) adalah merupakan Perbadanan Cagaran Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan pemilikan rumah dan pertumbuhan pasaran gadai janji sekunder yang lebih luas di Malaysia. Program biasiswa ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu anak-anak muda Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan bagi melanjutkan pengajian mereka.

Permohonan Biasiswa Cagamas 2025 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Cagamas Berhad termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang ditaja dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : –

Syarat Kelayakan Biasiswa Cagamas Berhad 2024

Berikut adalah kriteria atau syarat-syarat kelayakan Biasiswa Cagamas Berhad :

a. Calon mestilah warganegara Malaysia berumur bawah 25 tahun;

b. Anda mesti mempunyai keputusan akademik yang baik dalam SPM/ STPM atau setaraf (dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);

c. Anda mestilah seorang pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang kajian yang disenaraikan di sini, yang telah diluluskan dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), di sebuah kolej atau universiti di Malaysia seperti yang diluluskan oleh Cagamas;

d. Tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil kursus tanpa bantuan kewangan atau anugerah;

e. Tidak menerima biasiswa atau tajaan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain;

Jumlah Biasiswa Ditaja

Pemohon yang layak akan terima tajaan sebanyak RM20,000 setahun.

Bidang yang Ditaja

  • Perbankan/ Perbankan Islam
  • Perakaunan
  • Pentadbiran perniagaan
  • Kewangan
  • Ekonomi
  • Statistik
  • Sains Aktuari
  • Sumber manusia
  • Undang-undang
  • Sains Komputer

Cara Permohonan Biasiswa Cagamas Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://scholarship.cagamas.com.my/.

2. Anda perlu menyerahkan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (K/P).
  • Salinan sijil STPM, Matrikulasi, Diploma atau transkrip pendidikan tinggi yang lain dan SPM.
  • Salinan borang cukai pendapatan/ slip gaji ibu bapa/ penjaga yang terkini.
  • Sebarang bukti pendapatan lain seperti surat bantuan kewangan yang diterima daripada kerajaan, zakat, baucar tunai dan sebagainya.
  • Gambar berwarna bersaiz pasport.
  • Surat permohonan/ penerimaan/ tawaran oleh universiti atau kolej swasta untuk menjalankan bidang pengajian yang diluluskan oleh Cagamas.

Nota: Hanya pemohon yang disenarai pendek akan diberitahu.

Untuk keterangan lanjut sila emel ke scholarship@cagamas.com.my.

BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Reply