Semakan Keputusan PT3 2018 Online

Semakan Keputusan PT3 2018 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan PT3 2018? Panduan kepada calon yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2018. Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 sudah pasti ia satu peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian ke SBP atau MRSM bagi kemasukan Tingkatan 4. Untuk makluman menerusi portal KPM, lazimnya keputusan PT3 2018 akan dikeluarkan pada minggu ketiga bulan Disember 2018. Tahun 2017, keputusan PT3 diumumkan pada 14 Disember 2017. Disini kongsikan cara semak keputusan PT3 2018.

Semakan Keputusan PT3 2018 Online

Semakan Keputusan PT3 2018 Online

Berikut dikongsikan adalah cara semakan keputusan peperiksaan PT3 2018 yang merangkumi tarikh dan aplikasi semakan serta permohonan semakan semula :

● Tahun 2018 : Dijangka bulan Disember 2018 (akan dikemaskini)

● Tahun 2018 : 14 Disember 2017

Mendapatkan Keputusan Pelaporan PT3 2018

A. Calon Sekolah

Bagi calon-calon sekolah biasa boleh mendapatkan slip peperiksaan PT3 2018 melalui sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi pada tarikh keputusan peperiksaan diumumkan.

B. Calon Persendirian

Manakala, bagi calon-calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing atau tempat mendaftar peperiksaan PT3.

Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2018

1. Bagi calon yang rasa kurang puas hati dengan keputusan yang diperolehi, anda boleh mengemukakan permohonan penyemakan semula keputusan PT3 2018 dengan mendapatkan borang yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

2. Pastikan anda menyediakan RM50 untuk satu matapelajaran yang akan disemak semula.

3. Untuk mendapatkan borang penyemakan semula keputusan PT3 2018 di sekolah, Sektor/ Unit Penilaian dan Peperiksaaan, JPN dan LP atau dimuat turun di laman web http://lp.moe.gov.my.

Selamat membuat semakan keputusan PT3 2018 secara online. Semoga calon PT3 memperolehi keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2018.

Leave a Reply

%d bloggers like this: