STR 2023: Permohonan, Login, Semakan Status & Kemaskini Online. Bilakah tarikh bayaran STR 2023? Berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan memutuskan bantuan kewangan tunai untuk golongan B40 yang dijadualkan pada Mac diawalkan pemberiannya kepada 17 Januari 2023. Program Bantuan Tunai Untuk B40 dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023. Semakan status bayaran STR boleh dibuat secara online menerusi portal https://bantuantunai.hasil.gov.my.
STR 2023: Permohonan, Login, Semakan Status & Kemaskini Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2023 termasuk memaparkan tarikh bayaran, permohanan, kemaskini dan semakan status:
Jumlah Bayaran STR 2023
Amaun pembayaran STR Fasa 1 adalah seperti berikut:
Bilangan | Kategori | Amaun Bayaran |
1. | Isi Rumah: i. Kahwin ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak | RM300 |
2. | Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 |
3. | Bujang | RM100 |
Tarikh Dan Kaedah Bayaran STR 2023 Fasa 1
a. Bayaran STR 2023 akan disalurkan mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
b. Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
c. Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Cara Login STR 2023 Online
1. Sila layari ke portal https://bantuantunai.hasil.gov.my.
2. Klik log masuk MySTR.
3. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
Cara Semakan Status STR 2023 Online
1. Semakan status pembayaran STR 2023 akan dibuka bermula pada 17 Januari 2023 menerusi portal https://bantuantunai.hasil.gov.my.
2. Klik log masuk MySTR.
3. Masukkan nombor MyKad pemohon.
4. Pengesahan kata kunci keselamatan
5. Masukkan kata laluan.
6. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1.
7. Maklumat yang akan dipaparkan.
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
NOTA: Kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
Cara Kemaskini STR 2023
Untuk membuat kemaskini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan STR 2023, sila layari portal STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my atau hubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747.
Saya ingin mengemaskini bantuan mystr secara atas talian.
Kerana batuan bkm seblom ini saya tidak mendapat 1sen
Kerana bekas suami saya telah enjoy sorang2 menguna kan duit bantuan anak2
Maka dengan ini saya ingin menukar nombor telefon atau e-mail yang telah di daftar kan atas e.emal bekas suami saya.
Dan saya ingin mengemaskini e.mail dan ingin menukar nombor
Sekian terima kasih
Assalamualaikum, STR telah membantu rakyat terutama golongan rakyat yang tiada pendapatan tetap terutamanya dari golongan B40. Atas dasar kaseh sayang, perihatin dan tanggungjawab, kami golongan B40 mohon STR dinaikkan jumlah RM pada tahun 2023 ini sebab perbelanjaan harian semakin meningkat dari kesan inflasi global sekarang.