Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025 YSD Online (Semakan Keputusan). Berita baik buat pelajar IPTA/IPTS yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Yayasan Sime Darby menjemput pelajar yang berkelayakan yang akan memulakan program sarjana mereka pada bulan September 2025 setelah menamatkan pengajian STPM atau Asasi / Matrikulasi serta mereka yang berada di tahun pertama pengajian sarjana. Permohonan biasiswa Sime Darby boleh dibuat secara online bermula daripada 1 Mac sehingga 31 Mac 2025 menerusi laman web www.yayasansimedarby.com.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025 YSD Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Yayasan Sime Darby termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang pengajian, aplikasi permohonan dan cara hubungi :
Tarikh Permohonan : 1 Mac – 31 Mac 2025
Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Yayasan Sime Darby yang perlu diikuti adalah seperti berikut ;
a. Warganegara Malaysia;
b. Umur 25 tahun atau ke bawah;
c. STPM / Pra-Universiti / Asasi / Matrikulasi / Diploma Tempatan (minimum CGPA sekurang-kurangnya 3.30); atau 3A untuk program A-Level;
d. Jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan sebanyak RM11,000 dan ke bawah;
e. Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, acara sukan dan khidmat masyarakat;
f. Kualiti kepimpinan yang kuat melalui pelbagai kedudukan kepimpinan yang diadakan di sekolah dan masyarakat.
Senarai Bidang Pengajian Yang Ditawarkan Biasiswa Yayasan Sime Darby
Biasiswa akan ditawarkan kepada calon yang cenderung mengikuti bidang pengajian berikut, tertakluk kepada tawaran kemasukan ke universiti:
Kursus berkaitan perniagaan:
a. Ekonomi
b. Pengajian Perniagaan / Kewangan
c. Pemasaran digital
d. Psikologi
e. Sumber Manusia
f. Perniagaan Antarabangsa (Pemasaran / Perdagangan)
Kursus berkaitan Kejuruteraan dan Sains:
a. Mekanikal / Sivil / Elektrikal / Elektronik / Mekatronik / Kimia / Teknologi Makanan / Kejuruteraan Kimia
b. Sains Pertanian
c. Ukur Bahan
d. Arkitek landskap
e. Teknologi dan Pengurusan Perladangan
f. Senibina
g. Perancangan Bandar
h. Teknologi Maklumat (Drone & Big Data)
i. Pemakanan Genetik & Pembiakan Tumbuhan / Pemakanan Tumbuhan
j. Biologi / Mikrobiologi

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby Online
1. Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui laman web https://www.yayasansimedarby.com/scholarship/forms/bursary-form
2. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap perlu disertakan dokumen sokongan.
Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025
Semakan status permohonan akan dimaklumkan menerusi laman web www.yayasansimedarby.com.
Untuk keterangan lanjut sila emel ke scholarships@sime.com atau hubungi di talian +603-7623 7106.
BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT