Permohonan Program Sijil Pertanian Sesi 2023 Online (IPSM)

Permohonan Program Sijil Pertanian Sesi 2023 Online (IPSM). Berminat melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Institut Pertanian Semenanjung Malaysia. Untuk makluman, Institut Pertanian Malaysia mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon Program Sijil Pertanian (IPSM) bagi sesi pengajian 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 8 Mac sehingga 29 Mac 2020 di laman web rasmi http://www.agris.doa.gov.my.

Permohonan Program Sijil Pertanian Sesi 2023 Online (IPSM)

Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM) merupakan institusi di bawah pentadbiran Jabatan Persekutuan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Sijil ini telah diiktiraf setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tempoh pengajian yang ditawarkan adalah selama dua (2) tahun bersamaan dengan 4 semester. Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di beberapa negeri antaranya iaitu Institut Pertanian Serdang, Selangor; Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak dan beberapa negeri lain.

Permohonan Program Sijil Pertanian Sesi 2023 Online (IPSM)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Sijil Pertanian termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 8 Mac – 29 Mac 2020

Tarikh Penting Permohonan Program Sijil Pertanian

i. Tutup permohonan : 29 Mac 2020

ii. Semakan Kelayakan Temuduga : 6 April – 12 April 2020

iii. Temuduga dilaksanakan : 13 April – 16 April 2020

iv. Semakan keputusan temuduga : 11 Mei 2020

Syarat Kelayakan Program Sijil Pertanian

Antara syarat-syarat kelayakan Program Sijil Pertanian adalah seperti berikut ;

a. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun sehingga 25 tahun.

b. Berkelulusan SPM atau SPMV

c. Berjaya dalam temuduga/peperiksaan yang dijalankan.

d. Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan).

SENARAI KHUSUS DITAWARKAN

Terdapat enam (6) pengkhususan yang ditawarkan. Berikut adalah pengkhususan
yang ditawarkan di Institut Pertanian Semenanjung Malaysia:

  1. Landskap
  2. Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan
  3. Teknologi Memproses Hasil Pertanian
  4. Mekanisasi Ladang
  5. Pengurusan Estet
  6. Pengurusan Ternakan

Cara Permohonan Program Sijil Pertanian Online

Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di laman web http://www.agris.doa.gov.my/

One Response

  1. NUR FITRI BIN HASLAN June 5, 2022

Leave a Reply

%d bloggers like this: