Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan). Bilakah tarikh pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan tahun 2024 dibuka? Panduan buat calon yang berminat menjadi seorang guru. Untuk makluman, pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi latihan praperkhidmatan program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) tahun 2024 dibuka bermula daripada 13 Ogos hingga 19 Ogos 2024, jam 10.00 pagi. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://mypdpp.moe.gov.my/PD.

Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengambilan Calon Guru PDPP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:

Tarikh Penting Pengambilan Calon Guru PDPP 2024

  • Paparan iklan di portal rasmi KPM: 13 – 19 Ogos 2024
  • Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG): 13 – 19 Ogos 2024
  • Permohonan dalam talian ditutup: 19 Ogos 2024 (Jam 11.59 malam)
  • Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian: 14 – 16 dan 19 – 22 Ogos 2024
  • Semakan keputusan panggilan Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF): 3 September 2024
  • Pelaksanaan Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF): 9 – 12 September 2024
  • Semakan keputusan permohonan berjaya: 25 September 2024
  • Pendaftaran pelajar baharu ke IPG (Secara dalam talian): 9 Oktober 2024

Syarat Kelayakan Pengambilan Calon Guru PDPP 2024

Antara syarat-syarat kelayakan Calon Guru PDPP adalah seperti berikut;

1. Warganegara Malaysia.

2. Sihat tubuh badan.

3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

4. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989. 

5. Memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM.

6. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50.

7. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50;

Cara Mohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2024

1. Permohonan Calon Guru PDPP boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://mypdpp.moe.gov.my/PD

2. Kemudian, pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

3. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.

4. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.

5. Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/PD bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan tarikh-tarikh penting pengambilan.

Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Calon Guru PDPP, sila hubungi di talian;

JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA

No Tel: 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
No. Fax: 03-8312 6655
Web: https://mypdpp.moe.gov.my/

Leave a Reply