Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 YTN Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 YTN Online (Semakan Keputusan). Bilakah tarikh permohonan biasiswa Yayasan Tenaga Nasional dibuka? Berita baik buat pelajar IPT yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon biasiswa Yayasan Tenaga Nasional bagi mengikuti Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan September 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula pada 16 Jun sehingga 26 Jun 2022 menerusi laman sesawang YTN www.ytn.tnb.com.my.

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 YTN Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023 YTN Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang pengajian, aplikasi permohonan dan cara hubungi :

Tarikh Permohonan : 16 Jun – 26 Jun 2022

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2023

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional yang perlu dipenuhi adalah seperti :

SYARAT AM

1. Umur tidak melebihi 19 tahun untuk lepasan SPM manakala lepasan STPM pula calon berumur tidak melebihi 21 tahun.

2. Aktif dalam aktiviti kokurikulum.

3. Tiada ahli keluarga atau adik-beradik yang menerima tajaan YTN.

4. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.

SYARAT AKADEMIK

Lulus peperiksaan SPM 2021 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam subjek-subjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat sekurang-kurangnya A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

a. Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia

b. Bukan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu dan
  • Tiga (3) subjek pilihan dari berikut:-Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Sains/ Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  • Untuk bidang Sains Komputer, minimum LULUS Matematik Tambahan.

Senarai Bidang Pengajian Ditawarkan YTN

(i) Pengajian Asas (Foundation) Kejuruteraan :

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa

(ii) Pengajian Asas (Foundation) Bukan Kejuruteraan :

  • Sains Komputer
  • Pengajian Bisnes (Sumber Manusia, Pemasaran, Keusahawanan)

Cara Permohonan Biasiswa YTN Online

Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.uniten.edu.my/scholarship-plus-aid/tnb-prime-scholarship-2022-uniten/

Nota :

a. Sila semak laman web YTN bagi pemakluman calon yang berjaya ke temuduga pada 27 Jun 2022.

b. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Semakan Keputusan Biasiswa YTN 2023

Keputusan permohonan akan dimaklumkan menerusi laman web www.ytn.tnb.com.my.

Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari ke laman web YTN ytn.tnb.com.my atau hubungi di talian 03-89247500.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT (Biasiswa/Pinjaman/Zakat)

Leave a Reply

%d bloggers like this: