Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA 2023 (YTP) Lepasan SPM

Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA 2023 (YTP) Lepasan SPM. Bilakah tarikh permohonan pinjaman pelajaran MARA dibuka? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022. Untuk makluman, MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2022 untuk mengikuti Program Pembangunan Bakat Muda. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA bermula pada 19 April hingga 6 Mei 2021. Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP.

Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA 2023 (YTP) Lepasan SPM

Program Pembangunan Bakat Muda atau Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2022 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi terpilih.

Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA 2023 (YTP) Lepasan SPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pinjaman pelajaran MARA bagi Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara permohonan dan hubungi :

Tarikh Permohonan : –

Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran MARA YTP

Antara syarat-syarat kelayakan pinjaman pelajaran MARA yang perlu dipenuhi seperti :

SYARAT UMUM

i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.

ii. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

iii. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.

iv. Lulus pemeriksaan kesihatan.

v. Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah (B40).

SYARAT KHUSUS

i. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2020.

ii. Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

Tajaan Diterima dalam Program YTP

Tajaan pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Online (YTP)

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA https://myeduloan.mara.gov.my/v2/

2. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.

3. Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.

4. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Nota : Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di laman web MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel ke ytp@mara.gov.my.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Reply