Semakan Keputusan Permohonan CIAST 2021 Online

Semakan Keputusan Permohonan CIAST 2021 Online. Bilakah tarikh semakan kemasukan CIAST 2021? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan kemasukan ke kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) & Kampus-kampus Satelit CIAST (CSC) ambilan 2021. Untuk makluman, semakan keputusan VTO CIAST ambilan 2021 dijangka boleh dibuat bermula April 2020 secara online di laman web CIAST. Bagi permohonan kemasukan VTO CIAST ambilan baharu adalah PERCUMA dan dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian di http://www.ciast.gov.my.

Semakan Keputusan Permohonan CIAST 2021 Online

Semakan Keputusan Permohonan CIAST 2021 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan kemasukan CIAST termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan : akan dikemaskini

Syarat Kemasukan CIAST 2021

Antara syarat-syarat kemasukan ke CIAST adalah seperti berikut :

A. Syarat Am

a) Warganegara Malaysia berumur antara 20 – 35 tahun
b) Lulus SPM atau SPMV dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas).
c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat.
d) Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.

B. Syarat-syarat Tambahan

a) Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing
b) Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani Latihan Internship di mana-mana Pusat Bertauliah seluruh Malaysia.

Cara Semak Keputusan VTO CIAST 2021 Online

  1. Untuk semakan terus layari ke laman web CIAST di https://smp.ciast.gov.my/
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda dan klik pada butang ‘SEMAK’. Akan dipaparkan keputusan permohonan anda sama ada berjaya atau tidak.

Untuk sebarang pertanyaan tentang kemasukan ke CIAST, sila hubungi di:

Emel : pengambilan@ciast.gov.my
No. Tel : 03-55438200 samb. 8226 / 8225 / 8227 / 8295 ( Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru – UPPPB )

Tahniah kepada anda yang berjaya tawaran kemasukan ke Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) ambilan 2020.

Leave a Reply