Permohonan Skim Bantuan Awal IPT 2023 Yayasan Wilayah Persekutuan. Anda memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam/ Universiti Swasta? Panduan buat pelajar khususnya anak warga Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS. Untuk makluman menerusi portal Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), mempelawa kepada yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan Skim Bantuan Awal IPT Wilayah Persekutuan tahun 2021. Bantuan ini sesuai kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta.

Permohonan Skim Bantuan Awal IPT 2023 Yayasan Wilayah Persekutuan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Bantuan Awal IPT termasuk memaparkan tarikh buka, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : akan dikemaskini
Syarat Bantuan Awal IPT YWP
Antara syarat-syarat yang pemohon perlu memenuhi seperti berikut :
1. Pemohon warganegara Malaysia
2. Lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
3. Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.
4. Pemohon yang masih menuntut di semester 1, tahun pertama sahaja yang layak memohon.
5. Kursus pengajian adalah bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran sepenuh masa sahaja.
Cara Permohonan Skim Bantuan IPT YWP Online
1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan secara dalam talian di sini.
2. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
3. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-
- Surat Beranak.
- Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
- Penyata gaji / slip pencen terbaru ibu bapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
- Surat tawaran kemasukan ke IPT.
- Gambar terbaru pemohon berukuran passport.
- Resit pembayaran yuran pengajian / penginapan IPTA/ IPTS
Nota :
1. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan.
2. Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.
Untuk dapatkan keterangan lanjut, anda boleh hubungi di talian :
YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu,
50300 Kuala Lumpur
Tel : +603 2698 3073
Faks : +603 2698 3075
BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT 2023
Saya nak tanya macam saya perlukah kemas kini bantuan sekolah utk ank2 Sya,atau pihak lembaga zakat Bangi telah kemaskini