Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2025 Online eSSEM (Tingkatan 1)

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2025 Online (Tingkatan 1). Bilakah tarikh kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia tahun 2025? Perhatian buat pelajar UPSR yang berminat untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia bagi kemasukan tahun 2025. Untuk makluman menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pengambilan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2025 bagi Tingkatan 1 akan dibuka bermula pada 15 Julai hingga 15 September 2024. Permohanan ini boleh dibuat secara online melalui aplikasi eSSEM.

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2025 Online (Tingkatan 1)

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2025 Online (Tingkatan 1)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kemasukan dan aplikasi permohonan:

Tarikh Permohonan : 15 Julai – 15 September 2024

Sekolah Seni Malaysia adalah merupakan sebuah institusi pendidikan formal yang menyediakan kemudahan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan. Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Pengambilan murid hanya lah ke Tingkatan Satu sahaja.

Syarat Kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2025

Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia adalah seperti berikut :

A. Syarat Am SSeM

1. Warganegara Malaysia.

2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik).

3. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan.

4. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses.

B. Syarat Akademik SSeM 

1. Murid Tahun Enam sahaja

2. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan

3. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat

4. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan

5. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan

6. Mengemukakan rekod kesihatan murid

Senarai Sekolah Seni Malaysia

Empat (4) buah Sekolah Seni Malaysia adalah seperti berikut:

i. Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;
ii. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;
iii. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L;
iv. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.

Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu SMK Elopura, Sandakan, Sabah.

Cara Permohonan Sekolah Seni Malaysia Online

1. Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal eSSEM https://essem.moe.gov.my/.

2. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan calon.

Nota : Pemohon perlu malalui proses ujibakat sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian (rakaman video).

Semakan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2025 Online

Status permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni boleh disemak secara online pada pertengahan bulan Disember 2024. Keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni boleh dibuat secara atas talian melalui laman web https://essem.moe.gov.my.

NOTA: Pendaftaran murid tingkatan satu
Sekolah Seni Malaysia atau ProgramĀ  Pendidikan Seni, dibuat pada minggu pertama Januari.

Cara Permohonan Rayuan Sekolah Seni Malaysia 2025

Rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web https://essem.moe.gov.my.

Soalan Lazim Kemasukan Sekolah Seni Malaysia

1. Bilakah sesi uji bakat pemilihan murid diadakan?

Sesi uji bakat pemilihan murid biasanya dilaksanakan dalam bulan pertengahan Oktober dan November setiap tahun. Calon yang memohon akan menjalani sesi uji bakat berdasarkan bidang kesenian yang dipohon sama ada muzik, tari, teater atau seni visual.

2. Bolehkah rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni dibuat?

Boleh. Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan secara rasmi.

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:

  1. Pn Zuraini Binti Abu Hassan
    Tel : 03-88721616
  2. Cik Noor Azilah Binti Ismail
    Tel : 03-88721760

emelkan pertanyaan ke mohonssem@moe.gov.my

BACA JUGA: Permohonan Kemasukan SBP

2 Comments

  1. Nur June 20, 2018
  2. Nurul March 22, 2019

Leave a Reply