Permohonan CIAST 2023 Sesi Januari Online (VTO). Anda berminat melanjutkan pengajian di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan? Panduan buat pemohon yang berumur antara 20 tahun hingga 25 tahun yang berminat untuk mengikuti kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) & Kampus-kampus Satelit CIAST (CSC) ambilan 2023. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke CIAST sesi Januari 2021 dibuka pada 21 September 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web CIAST.

Permohonan CIAST 2023 Sesi Januari Online (VTO)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke CIAST termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, tarikh penting dan aplikasi permohonan :
Tarikh Penting Kemasukan CIAST Sesi Januari 2023
- Tarikh Buka Permohonan : 21 September 2020
- Tarikh Tutup Permohonan : 21 Oktober 2020
- Status panggilan temuduga boleh disemak melalui laman web CIAST mulai 28 Oktober 2020 selepas jam 2.00 petang.
- Tarikh Temuduga : 9 November hingga 20 November 2020 bergantung kepada lokasi pusat temuduga.
- Keputusan tawaran kemasukan boleh disemak melalui laman web CIAST mulai 14 Disember 2020 selepas jam 2.00 petang.
* Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan melalui laman web CIAST.
Syarat Kemasukan CIAST 2023
Antara syarat-syarat kemasukan ke CIAST ambilan sesi Januari 2021 :
a) Calon adalah warganegara Malaysia yang berumur antara 20 tahun hingga 35 tahun.
b) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPMV dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 dan ke atas).
c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat. fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
d) Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
(a) Elaun sara diri;
(b) Tiada yuran pengajian dan;
(c) Asrama disediakan.
Cara Memohon CIAST 2023 Online
Permohonan kemasukan ke CIAST boleh dibuat secara online melalui laman web CIAST https://permohonan.ciast.gov.my/index.php/calon/application
Nota : PIHAK CIAST TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA AGEN ATAU PIHAK KETIGA SEBAGAI WAKIL UNTUK BERURUSAN BERKENAAN KEMASUKAN.
Untuk sebarang keterangan lanjut kemasukan CIAST, sila hubungi ;
- Emel : pengambilan@ciast.gov.my
- No. Tel : 03-55438200 samb. 8226 / 8225 / 8227 / 8295 (Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru – UPPPB)
BACA JUGA : Permohonan UPU Kemasukan ke Universiti Awam
Second intake x de ke