Syarat Kemasukan JMTI 2019 Institut Teknikal Jepun Malaysia

Syarat Kemasukan JMTI 2019 Institut Teknikal Jepun Malaysia. Adakah anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Anda berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran? Panduan buat anda pelajar lepasan SPM/ SPMV yang berminat untuk memasuki Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). Berikut dipaparkan syarat kemasukan JMTI terkini.

Syarat Kemasukan JMTI 2019 Institut Teknikal Jepun Malaysia

Untuk pengetahuan, Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) menawarkan 2 peringkat pengajian kepada pelajar lepasan SPM/SPMV & setaraf untuk peringkat pengajian Diploma Teknologi Kejuruteraan (Tahap 4) dan lepasan DTK/DKM & setaraf untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (Tahap 5). Permohonan kemasukan ke JMTI boleh dibuat secara online bagi sesi Januari dan Julai setiap tahun.

Syarat Kemasukan JMTI 2019 Institut Teknikal Jepun Malaysia

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan am dan akademik JMTI :

A. PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DTK) 

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

3. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik

4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer

B. PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DLTK)

1. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

3. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik

4. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer

Syarat Am kemasukan JMTI

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 17 hingga 35 tahun (semasa memohon)

3. Boleh membaca, menulis & mengira

4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Khas Program Ditawarkan JMTI

○ Mempunyai SPM/SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek:

i. Bahasa Melayu

ii. Matematik/ Matematik Tambahan; DAN

Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia / Subjek yang berkaitan dengan teknikal.

○ Mendapat sekurang-kurangnya EMPAT (4) KEPUJIAN dalam mana-mana subjek (termasuk subjek no.1, no.2 & no.3 seperti diatas) ; serta

○ LULUS Bahasa Inggeris dan Sejarah

○ Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) dan Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia berdasarkan bidang yang berkaitan.

BACA JUGA : Semakan Kelayakan Kursus Universiti Diiktiraf MQA Online

Semoga perkongsian tentang syarat kemasukan ke JMTI dapat dijadikan rujukan kepada pemohon institusi ini. Selamat memmembuat permohonan ke Institut Teknikal Jepun-Malaysia ambilan 2019.

Leave a Reply

%d bloggers like this: