Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2021 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2021 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK). Panduan buat pelajar UPSR dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2020. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan pelajar ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke sekolah khusus dinamakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Semua pelajar layak memohon PKSK melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my (tingkatan satu) dan https://spskt4.moe.gov.my (tingkatan empat). Permohonan ini boleh dibuat bermula daripada 7 September hingga 2 Oktober 2020.

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2021 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau ringkasnya PKSK diwujudkan sebaik pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional serta Maktab Tentera Diraja.

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2021 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Apakah Itu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Tarikh Penting PKSK 2021

1. Permohonan Online : 7 September – 2 Oktober 2020

2. Semakan Pusat PKSK : 7 Oktober – 23 Oktober 2020 (Tingkatan 1), 12 Oktober – 6 November 2020 (Tingkatan 4)

3. Pelaksanaan PKSK : 12 Oktober – 23 Oktober 2020 (Tingkatan 1), 26 Oktober – 6 November 2020 (Tingkatan 4)

4. Keputusan tawaran : 15 Januari 2021 (Tingkatan 1), 5 Februari 2021 (Tingkatan 4)

5. Pendaftaran : 16 Februari 2021 (Tingkatan 1), 23 Februari 2021 (Tingkatan 4)

6. Rayuan : 15 Januari – 29 Januari 2021 (Tingkatan 1), 5 Februari – 19 Februari 2021 (Tingkatan 4)

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2021 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)

Format PKSK

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2021 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)

Cara Permohonan PKSK 2021 Online

Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2021 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)

Tarikh dan Lokasi PKSK

PKSK akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara pada 12 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 26 Oktober hingga 6 November 2020 bagi
Tingkatan 4 (Empat).

Semakan Status Permohonan PKSK Online

Keputusan permohonan ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 akan diumumkan pada 15 Januari 2021 di pautan https://spskt1.moe.gov.my manakala bagi Tingkatan 4 pada 05 Februari 2021 di pautan https://spskt4.moe.gov.my

Nota : Untuk mendapatkan soalan lazim Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus boleh layari ke laman https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/lain-lain/soalan-lazim-faq/3664-faq-pentaksiran-kemasukan-sekolah-khusus-pksk

Sumber : KPM

Leave a Reply