Permohonan Diploma Kejururawatan UMS 2024/2025 Online (Yuran & Semakan). Berminat belajar dalam Diploma Kejururawatan? Panduan buat pelajar yang berminat melanjutkan pengajian kemasukan ke Universiti Malaysia Sabah. Untuk makluman, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam program Diploma Kejururawatan ambilan 2024-25. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) sehingga 31 Mei 2024 di laman web UMS.
Permohonan Diploma Kejururawatan UMS 2024/2025 Online (Yuran & Semakan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Diploma Kejururawatan UMS termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:
Syarat Kemasukan Diploma Kejururawatan UMS 2024-25
Antara syarat-syarat kemasukan ke Universiti Malaysia Sabah dalam program Diploma Kejururawatan adalah seperti berikut;
SYARAT AM
a. Terbuka kepada warganegara Malaysia.
b. Berusia sekurang-kurangnya 17 tahun pada tarikh permohonan.
c. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya lima Kepujian atau yang setaraf dengannya.
SYARAT KHAS PROGRAM
a. Wajib mendapat kredit dalam matapelajaran iaitu Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia peringkat SPM/Setaraf atau Matematik (Matematik Tambahan/Matematik Modem/Matematik Elementari) dan Sains/ Biology/ Kimia/ Fizik.
b. Mendapat sekurang-kurangnya 2 lagi kredit bagi subjek yang lain.
c. Lulus Bahasa Inggeris.
SYARAT TAMBAHAN
a. Terbuka kepada calon lelaki dan wanita.
b. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas sebagai jururawat selepas tamat latihan.
c. Cemerlang dalam ujian tapisan serta temuduga yang telah ditetapkan oleh universiti.
Cara Mohon Diploma Kejururawatan UMS 2024 Online
Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://mohon.ums.edu.my/spplums/
NOTA: Tajaan biasiswa dari hospital swasta atau agensi luar bakal disediakan bagi pelajar yang berkelayakan.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 088 329380 atau emel ke plums@ums.edu.my.
BACA JUGA: Syarat Kemasukan UMS