Permohonan DPLI UMS 2025/2026 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Registration)

Permohonan DPLI UMS 2025/2026 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Registration). Nak lanjutan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah? Panduan buat pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Untuk makluman, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa kepada yang berkelayakan untuk membuat permohonan kemasukan ke Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan sesi 1 2025/2026. Permohanan ini boleh dibuat secara online bermula pada 15 Mac hingga 30 April 2025 melalui laman web https://www.ums.edu.my.

Permohonan DPLI UMS 2024 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Permohonan DPLI UMS 2025 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan DPLI ke Universiti Malaysia Sabah termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang program dan cara mohon :

Tarikh Permohanan: 15 Mac – 30 April 2025

Syarat Kemasukan Program DPLI UMS 2025

Antara syarat-syarat kemasukan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UMS adalah seperti berikut;

a. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

b. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan dibuat.

c. Sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini.

d. Tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan/swasta atau kursus dalam tempoh cuti.

e. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75.

f. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.

g. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

h. Melepasi skor minimum Ujian Malaysian Educator Selection Inventory (MEdSI) yang ditetapkan oleh fakulti.

i. Lulus ujian kecergasan.

SENARAI PENGKHUSUSAN

  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Matematik
  • Pendidikan Seni Visual
Permohonan DPLI UMS 2024

Senarai Yuran DPLI UMS

Cara Mohon Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UMS

Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan di bawah;

i. Permohonan Pascasiswazah (Laman Web Pasca): https://mohon.ums.edu.my/pasca

ii. Borang Maklumat Permohonan Baru (Program DPLI UMS): https://forms.gle/28a67j4JwCsvSrZD7

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian 088 329 380 (Teknikal-PLUMS) atau 088 329 043 (Program-FPP) dan emel ke dpli@ums.edu.my.

BACA JUGA: Permohanan Kemasukan UMS

Leave a Reply