Permohonan UMS 2023 Online Universiti Malaysia Sabah (Second Intake)

Permohonan UMS 2023 Online Universiti Malaysia Sabah. Nak mohon UMS? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah ambilan Februari 2023. Untuk makluman menerusi portal UMS, tawaran kemasukan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi Februari 2023 bagi lepasan Diploma, STPM dan Setaraf dibuka pada 7 November hingga 31 Disember 2022. Pemohon boleh membuat permohonan kemasukan ke UMS secara online di laman web UMS.

Permohonan UMS 2023 Online Universiti Malaysia Sabah

Permohonan UMS 2023 Online Universiti Malaysia Sabah

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Universiti Malaysia Sabah termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 7 November – 31 Disember 2022

Universiti Malaysia Sabah atau ringkasnya UMS merupakan sebuah universiti yang ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994. Kini, UMS dengan jumlah sepuluh (10) fakulti menawarkan 64 program sarjana muda dalam bidang sains, kejuruteraan, perubatan, sains makanan, pertanian, perhutanan, seni, kemanusiaan, perniagaan, perakaunan dan ekonomi.

Syarat Kemasukan ke UMS 2023

Semak syarat kemasukan ke UMS boleh dibuat secara online menerusi pautan https://plums.ums.edu.my/prospective-students/admission-requirements/undergraduate

Cara Permohonan Universiti Malaysia Sabah 2023 Online

Permohonan kemasukan UMS hanya melalui portal https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdk2juYZt3OOUG3QLc5lC0gpPXY2gJ3zSLyN7pRglPDXm5UMA/viewform.

Semakan Keputusan Kemasukan ke UMS 2023

Semakan status kemasukan ke UMS boleh dibuat secara online menerusi pautan http://jpt.ums.edu.my/ atau terus ke portal web http://upu.mohe.gov.my/.

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan ke UMS sila hubungi :

Bahagian Perkhidmatan Akademik
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia

No. Tel : 088-320000
No. Faks : 088-320090
Emel : pejakdmk@ums.edu.my

BACA JUGA : Senarai Universiti Awam di Malaysia 2023

4 Comments

  1. Nurafidah binti mudding June 10, 2020
    • Mu,'az Muzairi Bin Mukattar July 16, 2021
    • SITI AZIAH BINTI AB AMIN October 30, 2021
  2. Muhammad syaddad bin johar September 21, 2021

Leave a Reply