Syarat Kemasukan UMS 2021 Lepasan SPM/ STPM

Syarat Kemasukan UMS 2021 Lepasan SPM/ STPM. Berminat menyambung pengajian di UMS? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) ambilan 2020/2021. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UMS bagi program Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda (Masters) untuk kemasukan Februari 2021 boleh dibuat terus ke laman portal USM.

Syarat Kemasukan UMS 2021 Lepasan SPM/ STPM

Universiti Malaysia Sabah atau singkatan UMS merupakan salah satu Universiti Awam terbaru di Malaysia. UMS adalah universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai Universiti yang tercantik di Asia Tenggara. Kampus utama terletak di Kota Kinabalu, Sabah dan terdapat beberapa cawangan lagi di Labuan, Sandakan dan Kudat.

Syarat Kemasukan UMS 2021 Lepasan SPM/ STPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Malaysia Sabah termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Khas Program Kemasukan UMS

Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian

i. Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi di peringkat STPM;
ii. Calon yang memohon Program HE09 Perniagaan Antarabangsa disyaratkan memperolehi MUET dengan sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4);
iii. Lulus dengan sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya 6C Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Ekonomi/ Perakaunan di peringkat STPM;

Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Geografi/Sejarah dan mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran seperti iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Perakaunan, Matematik

Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

Lulus sekurang-kurangnya Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut diperingkat SPM iaitu Matematik / Matematik Tambahan dan mana-mana mata pelajaran Sains

Nota: Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang syarat kemasukan bagi lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma dan Asasi boleh terus ke laman https://www.ums.edu.my/v5/en/admission/

Untuk sebarang keterangan lanjut tentang kemasukan ke UMS, sila hubungi :

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

No. Tel : (+6088) 320000 / 320474
No. Fax : (+6088) 320223
Whatsapp: 088-320000
Laman Web : https://www.ums.edu.my/

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan ke UMS 2021 Online

Leave a Reply