Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) USIM 2025 DPPPI Online. Berminat lanjutan ke program DPPPI USIM? Panduan buat lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berhasrat nak jadi guru. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan – Pendidikan Islam (DPPPI) USIM ambilan Oktober 2024 telah dibuka pada 15 Mei sehingga 15 Julai 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal https://ipps.usim.edu.my.

Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) USIM 2025 DPPPI Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang DPPPI USIM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, kelebihan program dan cara mohon:
- Pengambilan : A222 MAC 2023/2024
- Kod Program : P201
- Akreditasi Diploma Pascsiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) : MQA/FA5623
- Fakulti: Fakulti Pengajian Bahasa Utama / Faculty of Major Language Studies
- Bahasa Pengantara : Bahasa Melayu
- Tempoh Pembelajaran : Sepenuh Masa (2 Semester)
- Lokasi Pengajian : Universiti Sains Islam Malaysia (Kampus Induk)
Apa Itu Diploma Pascasiswazah Pendidikan – Pendidikan Islam USIM?
Diploma Pascasiswazah Pendidikan – Pendidikan Islam (DPPPI) adalah kursus 2 semester yang meliputi teori dan praktikal. Program DPPPI ini merupakan program bagi pelajar lepasan ijazah sarjana muda yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Syarat Kelayakan Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) USIM
a. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-sekurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid.
b. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
c. Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
d. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.
e. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai.
f. Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
g. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya.
Artikel Berkaitan: Cara Mohon DPLI UPSI

Cara Mohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan – Pendidikan Islam USIM Online
1. Layari ke laman web https://icgs.usim.edu.my/
2. Buka akaun.
3. Login dan lengkapkan.
4. Hantar permohonan.
5. Bayaran proses sebanyak RM60.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 016 3447855/ 019 2298184 atau emel ke zumaiahhisam@usim.edu.my.
BACA JUGA: Permohonan IPG PISMP