Permohonan USIM 2023 Online Universiti Sains Islam Malaysia (Second Intake). Berminat melanjutkan pengajian ke USIM? Berita baik buat anda yang berminat dan ingin membuat permohonan Universiti Sains Islam Malaysia ambilan Februari 2023. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke USIM ambilan 2023 bagi program Sarjana Muda dibuka sehingga 31 Disember 2022. Permohanan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web USIM. Selain USIM, terdapat beberapa Universiti Awam yang lain menawarkan pengambilan kedua (second intake) bagi program Sarjana Muda, Siswazah dan Asasi.

Permohonan USIM 2023 Online Universiti Sains Islam Malaysia (Second Intake)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan. Selain kemasukan USIM, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke UA menerusi UPUOnline.
Universiti Sains Islam Malaysia atau ringkasnya USIM merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia. USIM yang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan dan kampus cawangan di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Kini, USIM mempunyai 9 fakulti iaitu Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Fakulti Pergigian dan banyak lagi.
Tarikh Penting Kemasukan USIM 2023
- Iklan Permohonan : sehingga 31 Disember 2022
- Tarikh Daftar :
Syarat Kemasukan USIM 2023
Syarat kelayakan kursus yang ditawarkan di USIM bagi program Siswazah, Sarjana Muda dan Asasi.
- Sarjana Muda : http://www.usim.edu.my/ms/kemasukan/sarjana-muda
- Siswazah : http://www.usim.edu.my/ms/kemasukan/siswazah
- Asasi : http://www.usim.edu.my/ms/kemasukan/tamhidi

Cara Permohonan Universiti Sains Islam Malaysia 2023 Online
Bagi pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan sila layari ke laman sesawang USIM https://admission.usim.edu.my/apply-now/
Semakan Keputusan Kemasukan USIM 2023 Online
Keputusan permohonan boleh disemak di laman web rasmi USIM pada bulan Januari 2023. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas pengumuman rasmi keputusan USIM dianggap gagal dan tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan tentang kemasukan USIM, sila hubungi di talian berikut:
Jabatan Pemasaran dan Kemasukan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
No. Tel: 067988057/067978626
Email: admission@usim.edu.my
Pendaftaran : https://ipps.usim.edu.my
BACA JUGA : Senarai Universiti Awam Pengambilan Kedua 2023