Syarat Kemasukan USIM 2021 (Universiti Sains Islam Malaysia)

Syarat Kemasukan USIM 2021 (Universiti Sains Islam Malaysia). Berminat menyambung pengajian di USIM? Panduan buat pelajar lepasan SPM, Matrikulasi, STAM, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ambilan 2020/2021. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke USIM bagi program Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda (Masters) untuk ambian September 2020 boleh dibuat terus ke laman portal USIM.

Syarat Kemasukan USIM 2021 (Universiti Sains Islam Malaysia)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan salah satu Universiti Awam di Malaysia yang terletak di Negeri Sembilan. Kampus utama USIM terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. USIM ditubuhkan untuk memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan ICT.

Syarat Kemasukan USIM 2021 (Universiti Sains Islam Malaysia)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Sains Islam Malaysia termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf :

Syarat Khas Program Kemasukan USIM

SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN

i. Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut Bahasa Arab/Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi dan mana-mana DUA (2) daripada mata pelajaran berikut Pendidikan Islam/ Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiyyah/Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH DENGAN KEPUJIAN

i. Memiliki Diploma dalam bidang Syariah atau bidang Pengajian Islam atau Undang-Undang dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut Bahasa Arab/Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi, Mathematics/Additional Mathematics, Bahasa Inggeris dan mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiyyah/Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Nota : Untuk dapatkan maklumat terkini tentang syarat kemasukan ke USIM boleh terus ke laman http://bpa.usim.edu.my/syarat-kemasukan/

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan ke USIM sila hubungi ;

Strategic Communication Centre (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Phone: +606-798 8000
Fax: +606-798 8204
Web: https://www.usim.edu.my/

BACA JUGA : Permohonan USIM 2021 Online (Lepasan STPM/ Setaraf)

Leave a Reply