Permohonan IPG 2023/2024 Online PISMP Bagi Lepasan SPM. Bilakah tarikh permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan tahun 2023/24? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi warga guru di Malaysia. Untuk makluman menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) dibuka bermula pada 15 Mac hingga 14 April 2023. Permohonan ini hanya boleh dibuat secara online menerusi laman web https://pismp.moe.gov.my.

Berita baik buat pelajar IPG dimana pelajar yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menerima Elaun Sara Hidup sebanyak RM430 sebulan seperti biasa. Selain itu, pelajar akan menerima RM500 belanja tambang pergi balik sekali setahun.
Permohonan IPG 2023/2024 Online PISMP Bagi Lepasan SPM
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan termasuk memaparkan syarat kemasukan, tarikh-tarikh penting dan aplikasi permohonan:
Tarikh: 15 Mac – 14 April 2023 (ambilan 1), 9 Jun – 12 Jun 2023 (ambilan 2)
Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan atau ringkasnya PISMP dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
Syarat Kelayakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Antara syarat-syarat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022.
3. Bagi lepasan SPM tahun 2020, 2021 dan 2022.
4. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5. Tiada syarat minimum yang dikenakan, berdasarkan kepada keputusan periksaan percubaan SPM dan bagi yang tidak menduduki peperiksaan percubaan pemohon boleh menggunakan keputusan akhir tahun tingkatan empat.
Tarikh Penting Permohonan PISMP 2023
- Permohonan: 15 Mac – 14 April 2023 (ambilan 1)
- Pelaksanaan e-UKCG: 17 – 20 April & 26 – 28 April 2023 (ambilan 1)
- Kemaskini maklumat permohonan PISMP: 8 Jun – 10 Jun 2023
- Semakan layak temuduga & UKF: 26 Jun 2023
- Pelaksanaan temuduga & UKF: 3 – 6 Julai 2023 & 10 – 12 Julai 2023
- Keputusan IPG ambilan 1 & 2: 25 Julai 2023
- Pendaftaran PISMP: 14 Ogos 2023

Cara Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2023 Online
1. Permohonan kemasukan ke PISMP boleh dibuat secara online menerusi laman web https://pismp.moe.gov.my/.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
3. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
4. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
Saringan e-UKCG PISMP 2023
e-UKCG PISMP 2023 akan dilaksanakan dalam dua sesi iaitu Sesi 1 pada 17 dan 20 April dan Sesi 2 pada 26 dan 28 April 2023. e-UKCG dijalankan sepenuhnya secara dalam talian sahaja.
Temuduga PISMP 2023
Sesi temuduga akan dimaklumkan kepada calon sebaik sahaja mereka membuat semakan keputusan e-UKCG. Hanya calon yang lulus e-UKCG sahaja akan diberi tarikh dan sesi temuduga.
Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) PISMP 2023
UKF akan dijalankan bermula pada 19 hingga 22 Jun 2023 dan 3 hingga 6 Julai 2023. Calon akan menerima satu tarikh dalam tempoh pelaksanaan UKF tersebut. Calon akan diberi taklimat berkaitan prosedur UKF oleh panel UKF yang dilantik pada hari ujian dijalankan.
Semakan Tawaran PISMP 2023 Online
Pemohon boleh menyemak keputusan PISMP ambilan 2023 bermula pada 25 Julai 2023. Anda tidak dibenarkan menukar program dan bidang pengajian kerana tawaran adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang pengambilan PISMP sila hubungi di talian :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3 , BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon: 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6760/ 6733
BACA JUGA : Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)