Permohonan DPLI UKM 2024/2025 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Mod Cuti Sekolah)

Permohonan DPLI UKM 2024/2025 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Mod Cuti Sekolah). Berminat lanjutan ke program DPLI UKM? Panduan buat lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berhasrat nak jadi guru. Untuk makluman, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa semua pemegang Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM ambilan Februari 2024 telah dibuka sehingga 1 Januari 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara online dengan memuat turun borang menerusi laman web https://tinyurl.com/pendaftaranDPLIUKM2024.

Permohonan DPLI UKM 2024/2025 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Online (Mod Cuti Sekolah)

Permohonan DPLI UKM 2024/2025 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Online (Mod Cuti Sekolah)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, kelebihan program dan cara mohon:

Apakah DPLI UKM Eksekutif?

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Eksekutif UKM (Mod Cuti Sekolah) dirangka secara sistematik bagi memenuhi perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial. Kesinambungan itu, KSBB memulakan projek rintis dengan menawarakan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (DPLIE) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM bersama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).

Syarat Kelayakan Program DPLI UKM Eksekutif

Antara syarat-syarat kelayakan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif adalah seperti berikut:

a. Tiada had umur permohonan.

b. Pemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.

c. Tiada Ujian MEdSI dan temuduga dijalankan. Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.

Kelebihan Program DPLI UKM

a. Yuran Pengajian berpatutan

b. Dijalankan semasa cuti persekolahan

c. Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)

d. Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi

e. Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

NOTA: Yuran pengajian boleh ke pautan https://koperasisiswazah.com/yuran-pengajian-dplie/

Lokasi Pengajian

a. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

b. Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Kelantan

c. Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching, Sarawak

d. UCSF Kota Kinabalu, Sabah

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Mohon DPLI UPSI

Permohonan DPLI UKM 2024/2025 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Mod Cuti Sekolah)

Cara Mohon DPLI UKM Eksekutif Februari 2024

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online dengan memuat turun borang menerusi pautan ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdDGKsuSXV2_MXUU85QOj7bOkJoTYAI5a-WQSVxNHZ-HlXNQA/viewform

2. Borang Permohonan boleh dihantar secara EMEL (DIGALAKKAN) atau POS:

a. Emel: Borang permohonan berserta dokumen (rujuk senarai semakan) dalam BENTUK PDF perlu diemelkan ke diplomaukm@gmail.com

b. Pos: Kepilkan slip bayaran bersama dokumen yang dipos.

Borang permohonan dan dokumen (rujuk senarai semakan) perlu diposkan ke alamat:

Koperasi Siswazah Bangi Berhad,
Paras 1, Bangunan Pentadbiran,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor

NOTA: Tiada ujian medsi bagi permohonan DPLI UKM ini.

Sebarang pertanyaan tentang Program DPLI Eksekutif UKM, sila hubungi di talian 014-2728919 atau emel ke ukmdpli.mcs@gmail.com.

BACA JUGA: Permohonan IPG PISMP 2023

Leave a Reply