Permohonan MyKID 2024 JPN Untuk Anak (Semakan Status). Nak mohon MyKid untuk anak anda? Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan MyKid tahun 2024. Untuk makluman, pemohon boleh memohon MyKid dengan hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan. Manakala semakan status permohonan MyKid boleh dibuat secara online menerusi portal http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid.
Permohonan MyKID 2024 JPN Untuk Anak (Semakan Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan MyKid termasuk memaparkan syarat, cara mohon dan semak status :
Apa Itu MyKid?
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
MyKid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:
- Aplikasi JPN (data kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Syarat Permohonan MyKid
- MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia.
- Berumur di bawah 12 tahun.
Cara Mohon MyKid Di JPN
- Permohonan boleh dibuat dengan hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara dan ibu bapa perlu bawa dokumen yang diperlukan.
- Sila ke kaunter untuk ambil nombor giliran dan pihak JPN akan meminta sijil lahir original bayi.
- Pihak JPN akan memberi kertas untuk serah di kaunter yang ditetapkan.
- Serah kertas tu ke kaunter tersebut dan tunggu nama anda di panggil oleh staf.
- Staf JPN akan panggil nama ibu atau bapa untuk mengambil kad mykid.
Dokumen yang perlu disertakan;
- Dokumen pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
- Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)
Semakan Status Permohonan MyKid Online
Semakan status MyKid boleh dibuat secara online menerusi portal http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 8000 8000.
BACA JUGA: Cara Mohon Gantian MyKad Online
Sumber: JPN