Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2023 Online Program Ijazah Dalam Negara

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2023 Online Program Ijazah Dalam Negara. Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Ijazah Sarjana Muda? Panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan boleh memohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2022 bagi peringkat Ijazah Pertama. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 14 Februari hingga 27 Februari 2022 menerusi laman web rasmi JPA http://esilav2.jpa.gov.my.

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2023 Online Program Ijazah Dalam Negara

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2023 Online Program Ijazah Dalam Negara

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang biasiswa Program Ijazah Dalam Negara termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 14 Februari – 27 Februari 2022

Syarat Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia;

2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);

3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;

4. Mempunyai kesihatan yang baik; dan

5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam.

B. Syarat Khusus

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.

2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian: 

1. Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00;

2. Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM);

3. Memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan mengambil sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran;

4. Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

B. Bidang Perubatan dan Pergigian: 

1. Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian;

2. Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

Semua bidang adalah ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2021 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:

(i) Bidang pendidikan;

(ii) Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;

(iii) Program-program berbentuk francais universiti awam /IPTS;

(iv) Program-program berkembar / dual award / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UKM-UDE dan UMP-HsKA);

(v) Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;

(vi) Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA;

(vii) Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian.

Mekanisme Perjanjian Pinjaman 

1. Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

(a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau

(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau

(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau

(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Cara Permohonan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara 2022 Online

1. Permohonan dibuka secara dalam talian (online) menerusi laman web http://esilav2.jpa.gov.my.

2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah
memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Semakan Keputusan Biasiswa PIDN JPA 2022

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ selewat-lewatnya pada Jun 2022. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal eSILA.

Soalan Lazim Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara

1. Apakah bidang yang ditaja oleh JPA?

Bidang-bidang yang ditaja oleh JPA seperti berikut:

  1. Klinikal dan Kesihatan
  2. Kejuruteraan dan Teknikal
  3. Sains
  4. Sains Sosial
  5. Senibina
  6. Veterinar

2. Saya telah mendapat tajaan JPA semasa di peringkat Diploma dan ingin menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Adakah saya perlu memohon semula untuk mendapatkan penajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda?

Ya. Pelajar perlu memohon semula penajaan JPA untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda walaupun telah mendapat penajaan JPA semasa di peringkat Diploma.

3. Saya telah menerima tawaran penajaan JPA, tetapi pada masa yang sama telah mendapat pinjaman PTPTN, apakah yang perlu saya buat?

Jika pelajar memilih untuk menerima tawaran penajaan JPA, pelajar perlu menamatkan kemudahan pinjaman PTPTN atau penaja-penaja lain.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang program tajaan sila hubungi di talian 03-8885 3297 atau emel ke pidn2022@jpa.gov.my.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT 2021 (Biasiswa/Pinjaman/Zakat)

2 Comments

  1. Anonymous April 12, 2020

Leave a Reply