Apa Itu Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA). Nak tahu apa itu DPA? Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam atau ringkasnya DPA INTAN merupakan kursus pra-perkhidmatan yang dibangunkan bagi tujuan pelantikan ke dalam skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Program DPA INTAN telah mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkuatkuasa pada 30 Disember 2015. Kursus ini hanya terbuka kepada semua penjawat awam yang layak berkhusus di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Program DPA menekankan konsep pembangunan professional dan pembinaan sahsiah. Program ini juga adalah berlandaskan lima elemen utama iaitu, Attitude (Sikap), Skills (Kemahiran), Knowledge (Pengetahuan), Adaptability (Kebolehsesuaian) dan Resilience (Daya Tahan).
Apa Itu Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) termasuk memaparkan fungsi, lokasi INTAN dan aplikasi permohonan :
Fungsi INTAN?
Institut Tadbiran Awam Negara atau ringkasnya INTAN adalah sebuah pusat latihan awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang berperanan untuk melaksanakan latihan ke arah pembangunan sikap, pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai awam serta melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, konsultansi dan penerbitan bagi melengkapkan pegawai awam dengan bakat, kebolehan dan pemikiran yang konstruktif.
Senarai Lokasi INTAN
INTAN terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur serta memiliki enam kampus wilayah dan satu kampus satelit seperti berikut:
- INTAN Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) di Jalan Elmu, Kuala Lumpur
- INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah
- INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor
- INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu
- INTAN Kampus Sabah di Tuaran, Sabah; dan
- INTAN Kampus Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.
- INTAN Kampus Satelit Putrajaya
Permohonan Khusus DPA INTAN
- Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal INTAN www.intanbk.intan.my
- Kemudian, klik pada menu “Kursus & Jadual”.
- Klik modul “Permohonan Kursus” dan pilih kampus.
- Setelah itu, pilih kategori / taip nama kursus.
- Klik pada ‘link’ nama kursus.
- Akhir sekali, klik pada butang Mohon Kursus.