Permohonan Program Penajaan 9A+ 2021 JPA Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Program Penajaan 9A+ 2021 JPA Online (Semakan Keputusan). Berita baik buat calon yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa kepada pelajar yang cemerlang peperiksaan SPM 2020 untuk memohon biasiswa Program Penajaan 9A+ tahun 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web JPA bermula pada 9 Mac sehingga tarikh tutup permohonan pada 18 Mac 2020.

Permohonan Program Penajaan 9A+ 2021 JPA Online (Semakan Keputusan)

Program Penajaan 9A+ adalah merupakan penajaan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 yang memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada) untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat
Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan Program Penajaan 9A+ 2021 JPA Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Penajaan 9A+ termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 9 Mac – 18 Mac 2020

Syarat Kelayakan Program Penajaan 9A+

Antara syarat-syarat kelayakan Program Penajaan 9A+ yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

A. Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia;

(i) Mempunyai kesihatan yang baik;

(iii) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;

(iv) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

(v) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

(vi) Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2019 bagi calon sekolah, atau menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun sebelum tahun penawaran biasa di mana-mana sekolah menengah bagi calon dari sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian.

B. Syarat Khusus

(i) Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);

(iii) Memulakan pengajian peringkat persediaan sebelum atau pada 31 Disember tahun penawaran biasa.

Cara Permohonan Program Penajaan 9A+ Online

a. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.jpa.gov.my atau
http://esilav2.jpa.gov.my/ selama sepuluh (10) hari mulai 9 Mac 2020 sehingga 18 Mac 2020.

b. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira
untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)

a. Calon-calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar,
menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

b. Program SAC dijadualkan pada 6 April 2020 hingga 10 April 2020 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon di Zon Tengah (Bangi) Zon Selatan 1 (Melaka) Zon Selatan 2 (Johor Bahru), Zon Utara 1 (Jitra), Zon Utara 2 (Pulau Pinang), Zon Timur 1 (Kuantan), Zon Timur 2 (Kota Bharu) Zon Sabah (Kota Kinabalu), Zon Sarawak 1 (Kuching) dan Zon Sarawak 2 (Miri).

Semakan Keputusan Program Penajaan 9A+ 2021

Semakan status permohonan akan dimaklumkan menerusi laman web rasmi eSila JPA.

Untuk pertanyaan mengenai program tajaan boleh hubungi di talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2021

Leave a Reply