Permohonan Kemasukan ke JMTI ADTEC & ILP 2025 (ILJTM) Online. Berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran? Panduan buat pelajar lepasan SPM/ SKM yang ingin membuat permohonan kemasukan ke JMTI, ADTEC & ILP ambilan 2025. Untuk makluman, permohonan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) untuk sesi Januari 2025 dibuka bermula pada 1 Oktober hingga 15 November 2024 melalui portal JTM. Manakal@ pengambilan JULAI 2025 boleh dibuat melalui permohonan UPUOnline.

Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia atau ringkasnya ILJTM adalah satu institusi latihan kemahiran yang dibahagikan kepada 3 institusi iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). Untuk kemasukan ke ILJTM terdapat dua pengambilan bagi sesi Januari dan Julai setiap tahun.
Permohonan Kemasukan ke JMTI ADTEC & ILP 2025 (ILJTM) Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke JMTI, ADTEC & ILP termasuk memaparkan tarikh, syarat kemasukan, senarai program dan aplikasi permohonan :
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan kepada lepasan sekolah bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Sehingga kini, ILJTM menawarkan 45 kursus di peringkat Sijil, 43 kursus di peringkat Diploma dan 10 kursus di peringkat Diploma Lanjutan.
Tarikh Permohonan: 25 Oktober – 24 November 2023 (Sesi Januari)
Tarikh Penting Kemasukan ILJTM Sesi 1 2025
- Sistem Permohonan Online Dibuka: 1 Oktober 2024
- Sistem Permohonan Online Ditutup: 15 November 2024
- Semakan Panggilan Temuduga: 11 – 15 November 2024
- Urusan Temuduga: –
- Hebahan Keputusan Permohonan : 18 November 2024
- Cetak Surat Tawaran : 8 Disember 2024
- Pendaftaran Pelajar Baharu : –
Syarat Kemasukan ILJTM 2025
Antara syarat-syarat kemasukan ke ILJTM bagi lepasan SPM dan SKM adalah iaitu :
SYARAT KEMASUKAN AM PROGRAM LEPASAN SPM
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Memenuhi syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM;
- Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (bagi kursus-kursus tertentu sahaja);
- Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
SYARAT KEMASUKAN AM PROGRAM LEPASAN SKM/ ST
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Memenuhi syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM / ST;
- Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.
- Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Program Pengajian Yang Ditawarkan ILJTM
- JMTI – http://www.jmti.gov.my/
- ADTEC – http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/hubungi-kami/adtec
- ILP – http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/hubungi-kami/ilp

Cara Permohonan Kemasukan ke ILJTM 2025 Online
Bagi pengambilan Januari 2025, permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web https://apps.jtm.gov.my/PermohonanILJTM/.
Manakala sesi Julai pula dibuka di Portal UPU http://upu.mohe.gov.my.
Nota :
a. Peemohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan selepas tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan.
b. Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :
Bahagian Pengurusan Latihan
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Aras 6, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
No. Tel: 03-8886 5555
No. Fax: 03-8889 2417
e-mel: jtm@mohr.gov.my
Facebook: Jabatan Tenaga Manusia
Web: www.jtm.gov.my
BACA JUGA: Semakan Keputusan Kemasukan ILJTM