Permohonan Kemasukan MCKK & TKC 2019 Online International Baccalaureate (IBDP)

Permohonan Kemasukan MCKK & TKC 2019 Online International Baccalaureate (IBDP). Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2018 yang berminat melanjutkan pengajian dalam program pra-universiti ambilan 2019. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa kepada lepasan SPM 2018 membuat permohonan kemasukan ke The Malay College Kuala Kangsar dan Kolej Tunku Kurshiah dalam Program Diploma International Baccalaureate ambilan 2019/2021. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi MCKK dan TKC sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 April 2019 (MCKK) dan 1 Mei 2019 (TKC).

Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) adalah program pra-universiti menerima pengiktirafan antarabangsa. Program ini dijalankan selama 4 semester sepanjang 2 tahun. Bagi sesi pengajian 2019/2021, Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan IBDP di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Lepasan Diploma IBDP boleh meneruskan pengajian ijazah mereka di universiti dalam dan luar negara.

Permohonan Kemasukan MCKK & TKC 2019 Online International Baccalaureate (IBDP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke Program Diploma International Baccalaureate di MCKK dan TKC sesi 2019/2021 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Penting Kemasukan MCKK & TKC

i. Tarikh tutup permohonan : 15 April 2019 (MCKK) dan 1 Mei 2019 (TKC)

ii. Tarikh kemasukan : 18 Jun 2019 (MCKK) dan 24 Jun 2019 (TKC)

Cara Permohonan Kemasukan IBDP di MCKK & TKC 2019 Online

  1. Muat turun borang permohonan di The Malay College Kuala Kangsar http://ibdpmckk.com/admissions dan Kolej Tunku Kurshiah http://tkc.edu.my/diplomaprogramme/admission/.
  2. Mengisi borang permohonan yang telah disediakan.
  3. Menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke e-mel :

ibc@mckk.edu.my atau ibdp@tkc.edu.my

Atau secara pos ke alamat yang disertakan.

4. Mencetak borang permohonan anda dengan salinan dokumen sokongan yang telah diperakui dan poskan ke alamat berikut ;

BAGI PELAJAR LELAKI

International Baccalaureate Diploma Programme

The Malay College Kuala Kangsar

Kompleks Sultan Azlan Shah

33000 Kuala Kangsar

Perak, Malaysia

(U/P: CIK NORSAFALIZA BINTI IBRAHIM)

Tel: 05-7761680

BAGI PELAJAR PEREMPUAN

International Baccalaureate Diploma Programm

Kolej Tunku Kurshiah

71760 Bandar Enstek

Negeri Sembilan, Malaysia

(U/P: PN HAFITAH BAHARUDIN)

Tel: 06-7979800

Selamat membuat permohonan dan moga anda berjaya ditawarkan ke The Malay College Kuala Kangsar dan Kolej Tunku Kurshiah bagi Program Diploma International Baccalaureate.

Sumber : MOE

Leave a Reply

%d bloggers like this: