Kadar Dividen Tabung Haji 2023/2024 TH (Tarikh Bayaran & Pengiraan)

Kadar Dividen Tabung Haji 2023/2024 TH (Tarikh Bayaran & Pengiraan). Bilakah tarikh bayaran dividen Tabung Haji tahun 2023 diumumkan? Panduan buat pencarum yang ingin mengetahui kadar dividen Tabung Haji tahun 2022. Untuk makluman, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan bagi 2022 pada 28 April 2023. Tahun lepas, TH mengumumkan agihan keuntungan Tabung Haji tahun 2021 mencatatkan sebanyak 3.1 peratus. Pendeposit boleh menyemak pengkreditan agihan keuntungan TH 2022 bermula pada 12 tengah hari, 29 April 2023.

Kadar Dividen Tabung Haji 2023/2024 TH (Tarikh Bayaran & Pengiraan)

Agihan keuntungan TH akan dikredit terus ke dalam akaun pendeposit yang masih aktif. Baki simpanan terkini Tabung Haji anda boleh disemak di kaunter-kaunter cawangan TH atau melalui laman web www.thijari.com.my atau portal internet bank-bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank.

Kadar Dividen Tabung Haji 2023/2024 TH (Tarikh Bayaran & Pengiraan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kadar dividen Tabung Haji termasuk memaparkan tarikh, jumlah kadar pengagihan dan cara pengiraan :

Tarikh dan Jumlah Dividen Tabung Haji 2023

  • Tarikh umum: 28 April 2023
  • Kadar dividen: 3.1%

Artikel Berkaitan: Kadar Dividen KWSP

Senarai Kadar Dividen Tabung Haji Pada Tahun-tahun Sebelumnya (2013-2021)

TahunKadar Dividen
20136%
20146.25%
20155%
20164.25%
20174.50%
20181.25%
20193.05%
20203.10%
20213.10%

Cara Pengiraan Dividen Tabung Haji 2022

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2022 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2022 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 2.50% bagi tahun 2022. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 2.50% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari-Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 2.50%

Soalan Lazim Tentang Dividen Tabung Haji

1. Adakah pendeposit masih perlu membayar zakat ke atas wang simpanan di TH?

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambilkira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan oleh yang demikian pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

2. Siapakah yang layak menerima agihan keuntungan?

Semua pendeposit yang mengekalkan akaun simpanan yang berstatus aktif pada 31 Disember 2022.

Untuk keterangan lanjut boleh layari ke laman web https://www.tabunghaji.gov.my/

BACA JUGA: Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN

Leave a Reply