iMASCU 2023: Semakan Syarat Kemasukan IPTA UA Online

iMASCU 2023: Semakan Syarat Kemasukan IPTA UA Online. Apakah itu sistem semakan IMASCU? Panduan buat lepasan SPM/ STPM yang ingin membuat permohonan UPUOnline kemasukan ke UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti & ILKA sesi akademik 2023. Apakah syarat kemasukan UPU terkini? Untuk makluman, calon boleh membuat semakan syarat kemasukan Universiti Awam secara dalam talian (online) melalui laman web iMASCU.

iMASCU 2023: Semakan Syarat Kemasukan IPTA UA Online

iMASCU adalah satu aplikasi atau sistem online untuk semakan syarat kelayakan UPU mengikut bidang, program dan kelayakan masing-masing. Dengan adanya sistem iMASCU, pemohon boleh mengetahui bidang atau program pengajian yang sesuai untuk dipohon bagi lanjutan pengajian peringkat Diploma, Asasi, Ijazah Sarjana Muda dan Master.

iMASCU 2023: Semakan Syarat Kemasukan IPTA UA Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan syarat kelayakan IPTA/UA melalui iMASCU online termasuk memaparkan aplikasi online :

Selain sistem iMASCU, anda juga boleh membuat semakan syarat kemasukan UA di aplikasi e-Panduan. Terdapat tiga fungsi e-Panduan adalah iaitu pengenalan UA/ Politeknik, senarai program dan syarat khas.

Cara Semakan Kelayakan UPU iMASCU Online

1. Pemohon perlu melayari ke laman web semak syarat iMASCU di pautan berikut ;

  • SEMAKAN SYARAT UA LEPASAN SPM
  • SEMAKAN SYARAT UA LEPASAN STPM/ SETARAF
  • SEMAKAN SYARAT POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA

2. Setelah layari laman web di atas, pelajar perlu mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem semakan. Antara maklumat pelajar yang perlu diisi oleh pelajar dalam sistem semakan ;

  • NOMBOR MYKAD
  • NAMA
  • EMAIL
  • NOMBOR TELEFON
  • KATEGORI (SPM atau STPM)

3. Isikan maklumat matapelajaran dan keputusan peperiksaan.

4. Klik butang ‘SEMAK’.

5. Akan dipaparkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang layak ditawarkan di Universiti Awam.

6. Klik cetak semakan tersebut sebagai rujukan akan datang.

Semakan Syarat Kemasukan UiTM & Politeknik 2023

Untuk semakan syarat kemasukan ke UiTM dan Politeknik, anda boleh menggunakan sistem semakan online seperti di bawah :

1. Kemasukan UiTM : Sistem Selangkah

2. Kemasukan Politeknik : e-semak Politeknik 

BACA JUGA : Permohonan UPU Kemasukan UA 2023

Leave a Reply