Permohonan Prasekolah 2025/2026 KPM Online (Pendaftaran Baharu)

Permohonan Prasekolah 2025/2026 KPM Online (Pendaftaran Baharu). Bilakah tarikh permohonan Prasekolah ambilan baharu dibuka? Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat pendaftaran permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM sesi 2025/2026 untuk anak-anak mereka yang berusia 6 tahun. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM tahun 2025/2026 dibuka bermula daripada 1 Mac hingga 30 April 2024 secara atas talian (online) di laman web www.moe.gov.my.

Permohonan Prasekolah 2025/2026 KPM Online (Kemasukan Baharu)

Permohonan Prasekolah 2025/2026 KPM Online (Pendaftaran Baharu)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk memaparkan tarikh permohonan, syarat kelayakan dan aplikasi online :

Tarikh Permohonan: 1 Mac – 30 April 2024

Prasekolah adalah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia dan menjadi pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. KPM menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal.

Syarat Kemasukan Prasekolah KPM 2025-26

Antara syarat-syarat kemasukan ke Prasekolah adalah seperti berikut :

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.

2. Keutamaan adalah berumur 6 tahun.

3. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 layak memohon.

Cara Permohonan Prasekolah 2025 Online e-Prasekolah

Untuk membuat pendaftaran anak-anak mereka kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, ibu bapa/ penjaga boleh memohon secara online seperti berikut :

1. Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan dengan layari ke portal E-Prasekolah https://eprasekolah.moe.gov.my/.

2. Bagi pengguna yang baru menggunakan sistem e-prasekolah, anda hendaklah mendaftar akaun pengguna terlebih dahulu.

3. Kemudian, login masuk semula dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

4. Isikan maklumat borang pendaftaran seperti maklumat Prasekolah atau tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak.

5. Selepas itu, cetak borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang diperlukan.

Semakan Keputusan Prasekolah 2025/2026 Online

Semakan tawaran kemasukan ke Prasekolah ambilan 2025 boleh dibuat bermula bulan Ogos 2024 secara atas talian melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my.

Untuk permohonan rayuan kemasukan Prasekolah boleh dibuat dengan mengklik butang RAYUAN PERMOHONAN pada bulan Ogos 2024.

Sebarang pertanyaan lanjut sila layari laman web eprasekolah.moe.gov.my atau emel ke eprasekolah@moe.gov.my.

Leave a Reply