Permohonan Politeknik 2019 Online. Berminat melanjutkan pengajian di Politeknik Malaysia? Panduan buat pelajar calon lepasan SPM yang ingin memasuki Politeknik. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Politeknik bagi program Diploma untuk ambilan Disember akan dibuka pada bulan Oktober 2019. Manakala pengambilan sesi Jun 2019, boleh dibuat secara online di portal web UPU.
Permohonan Politeknik 2019 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Politeknik sesi Jun dan Disember 2019 bagi program Pra-Diploma / Diploma dan turut memaparkan tarikh penting, aplikasi online dan cara hubungi :
○ Tarikh Permohonan : 25 Februari – 2 April 2019
○ Aplikasi Permohonan Online : http://www.politeknik.edu.my/ atau http://upu.mohe.gov.my/web/
Cara Permohonan Politeknik Kemasukan Sesi 2019/2020 Online
1. Untuk permohonan, calon hendaklah membeli no pin unik UPU sesi 2019/2020 dahulu di Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
2. Calon hendaklah mengisi borang permohonan di laman web UPU atau Politeknik dengan selengkapnya.
3. Cetak slip permohonan yang telah diisi sebagai bukti akan datang.
Bidang Ditawarkan di Politeknik
● Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Elektrikal / Perkapalan/ Petrokimia/ Penyelenggaraan Pesawat
● Perdagangan
● Perlancongan dan Hospitaliti
● Rekabentuk dan Komunikasi Visual
● Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sebarang pertanyaan tentang kemasukan
Politeknik boleh hubungi ;
Bahagian Pengambilan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Tel : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/
9258/ 9259/ 9263/ 9340
Faks :03-8891 9323
INFO BERKAITAN :
○ Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online
○ Senarai Politeknik di Malaysia & Kursus Ditawarkan
Selamat membuat permohonan kemasukan ke Politeknik 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat penempatan di Politeknik seluruh Malaysia.