Permohonan Kolej Vokasional 2023 Online (KV). Berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Vokasional? Panduan buat pelajar tingkatan 3 yang menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Untuk makluman, bagi anda yang berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Vokasional (KV) tahun 2023, permohonan kemasukan ke KV dibuka pada 7 September hingga 2 Oktober 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi portal KPM.

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Permohonan Kolej Vokasional 2023 Online (KV)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Kolej Vokasional termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan semakan tawaran :
Tarikh permohonan : –
Sekolah Vokasional atau kini dikenali sebagai Kolej Vokasional adalah institusi pengajian yang menawarkan latihan kemahiran berbanding pendidikan akademik. Terdapat beberapa Kolej Vokasional yang disediakan di seluruh Malaysia antaranya di Setapak, Langkawi, Gombak, Johor Bahru dan lain-lain lagi.
Syarat Kemasukan Kolej Vokasional 2023
Antara syarat-syarat umum dan khusus kemasukan ke Kolej Vokasional tahun 2023 :
SYARAT UMUM
- Calon adalah warganegara Malaysia.
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2020.
- Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK).
- Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Calon sihat tubuh badan.
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA.
- Calon berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer
SYARAT TAMBAHAN
Program IBM P-TECH@Kolej Vokasional – calon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 bagi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Cara Permohonan KV 2023 Online
Permohonan kemasukan ke KV boleh dibuat secara online melalui laman sesawang KPM https://spskt4.moe.gov.my.
Semakan Kemasukan Kolej Vokasional 2023 Online
Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional ambilan 2023 akan diumumkan pada 5 Februari 2021 di pautan https://spskt4.moe.gov.my.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian KPM di 03-8000 8000.
BACA JUGA :
Saya ingin bertanya, adakah pelajar vokasional yang sedang menduduki pengajian di tahun ke dua dibenarkan untuk memohon sebarang pertukaran kursus lain dan kolej lain, dimana dia ingin memohon pengambilan kursus lain turun ke tahun satu, adakah ia dibenarkan oleh pihak bahagian pendidikan teknik dan vokasional?
Saya Sudah Masuk Online Buat Apa
Assalamualaikum saya nak bertanya, pt3 tahun 2020 dibatalkan jadi macam mana cara untuk kemasukan kolej vokasional 2021 ?