Permohonan SMT 2023 Online Sekolah Menengah Teknik. Berminat melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Teknik? Panduan buat pelajar Tingkatan Tiga (3) yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran atau teknikal. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan 2023 boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula daripada 7 September hingga 2 Oktober 2020. Selain SMT, anda juga boleh membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional tahun 2021.

Permohonan SMT 2023 Online Sekolah Menengah Teknik
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan semakan keputusan :
Tarikh Permohonan : –
Sekolah Menengah Teknik adalah merupakan sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecederungan dalam pendidikan Sains dan Teknologi. Tujuan adalah untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Terdapat beberapa kursus yang ditawarkan yang dibahagikan kepada tiga aliran iaitu teknikal, vokasional dan kemahiran.
Tarikh Penting Kemasukan SMT 2023
- Permohonan dalam talian : 7 September – 2 Oktober 2020
- Semakan Pusat PKSK : 12 Oktober – 6 November 2020
- Pelaksanaan PKSK : 26 Oktober – 6 November 2020
- Keputusan tawaran : 5 Februari 2021
- Pendaftaran : 23 Februari 2021
- Rayuan : 5 Februari – 19 Februari 2021
Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik 2023
Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik ambilan 2021 adalah seperti berikut :
SYARAT UMUM
- Warganegara Malaysia sahaja
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2020
- Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
- Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Calon sihat tubuh badan
- Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
SYARAT KHUSUS
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
ARTIKEL BERKAITAN : Semakan Keputusan Kemasukan SMT 2023
Cara Permohonan Sekolah Menengah Teknik Online
Bagi pelajar yang berminat untuk memasuki ke Sekolah Menengah Teknik boleh membuat permohonan secara online di laman web https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/index.cfm. Permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup pada 2 Oktober 2020.
Nota : Sila bawa surat tawaran dan borang yang telah diisi dengan lengkap pada hari pendaftaran.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan Sekolah Menengah Teknik, sila hubungi :
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
BACA JUGA :
ingin memasuki smt kerana ingin berasrama
ingin memasuki smt kerana ingin berasrama dan minat dlm bidang mekanikal
Saye ingin memasuki smt kerana minat dalam bidang mekanikal
Bagaimana calon mengetahui yang dia layak dipanggil untuk sesi temuduga SMT?
Mcm mana pelajar nak tahu yg dia dipanggil utk sesi temubual.