Semakan Status KADS1M 2020 Kad Debit Pelajar Online

Semakan Status KADS1M 2020 Kad Debit Pelajar Online. Bilakah tarikh semakan Kad Debit Bank Rakyat tahun 2020? Panduan buat pelajar IPTA/ IPTS yang ingin menyemak status permohonan KAD1SM tahun 2020. Untuk makluman pelajar, kini permohonan baharu Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia masih tidak dibuka. Mengikut tahun sebelum ini, semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi Bank Rakyat.

Semakan Status KADS1M Bank Rakyat 2019 Online

Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia atau singkatan KADS1M adalah merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan kos pengajian para pelajar sama IPTA dan IPTS. Dengan adanya pemberian bantuan pendidikan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan pelajar. Kad debit pelajar ini pelajar boleh dibelanjakan bagi pembelian barangan dan perkhidmatan dari Rakan Dagang terpilih.

Semakan Status KADS1M 2020 Kad Debit Pelajar Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan kad debit bank rakyat termasuk memaparkan cara permohonan, aplikasi semakan dan hubungi :

Permohonan Kad Siswa Bank Rakyat KAD1SM Online

1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan KAD1SM secara online di pautan http://www.bankrakyat.com.my.

2. Isi maklumat pelajar dengan lengkap.

3. Selesai mendaftar, pihak Bank Rakyat akan menghantar notis status permohonan di email masing-masing.

4. Untuk pengambilan KAD1SM, pemohon perlu hadir ke cawangan Bank Rakyat berdekatan.

Cara Semakan KAD1SM Online

1. Untuk semakan, pemohon perlu layari ke portal web https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/.

2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan atau IC anda dan klik butang semak.

3. Akan dipaparkan status permohonan kad debit pelajar 1 Malaysia.

Cara Semakan KADS1M Melalui Talian Hotline

Selain online, anda juga boleh membuat semakan permohonan KADS1M melalui talian Hotline seperti berikut ;

1. Anda boleh menghubungi Bank Rakyat Hotline di talian 1 300 80 5454.

2. Pilih Bahasa.

3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M.

4. Key In No Kad Pengenalan anda dan tunggu sehingga panggilan diangkat.

5. Beritahu receptionist atau pihak bank yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar.

6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan.

7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M.

8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem, maka anda berjaya dengan permohonan ini.

Cara Guna Kad Debit Pelajar KAD1SM

○ Setiap pelajar IPTA/ IPTS akan menerima Kad Debit Pelajar KADS1M yang bernilai RM250 sahaja.

○ Kad debit itu boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih sahaja. Terhad kepada jumlah RM250.

○ Selain pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet juga dibenarkan menggunakan kad debit ini.

Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.

5 Comments

  1. Khishairi April 28, 2018
  2. lulu January 15, 2019
  3. Haziqah January 2, 2020

Leave a Reply