Permohonan Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak 2019 (Tabika/Taska) KEMAS

Permohonan Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak 2019 (Tabika/Taska) KEMAS. Panduan buat anda yang berminat melanjutkan pengajian di bawah kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) tahun 2019. Untuk makluman menerusi portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), sukacita mempelawa kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk membuat permohonan kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) 2019. Permohonan telah dibuka mulai 22 Oktober hingga 2 November 2018 dan boleh dibuat secara online di web ejawatan.

Permohonan Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak 2019 (Tabika/Taska) KEMAS

Permohonan Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak 2019 (Tabika/Taska) KEMAS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak 2019 KEMAS termasuk memaparkan syarat kelayakan, asas kursus dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska)

1. Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan

(c) Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.

(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan.

2. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan

3. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip.

4. Nilai CGPA 2.70 ke atas.

5. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan.

Maklumat Asas Kursus

Tempat : Institut / Pusat Latihan Kemas

Tempoh : Tiga bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan.

Cara Permohonan Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak 2019 Online

Berikut adalah cara permohonan kursus pendidikan awal kanak-kanak KEMAS 2019 :

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di http://ejawatan.totalconfigure.com/.

2. Calon tidak dibenarkan isi borang permohonan lebih dua kali.

3. Permohonan yang lewat diterima atau Tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.

4. Hanya permohonan yang dibuat di laman web di atas saja akan diterima proses.

Nota : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Semoga perkongsian tentang Permohonan Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak 2019 (Tabika/Taska) KEMAS dapat dijadikan panduan buat pemohon.

Leave a Reply

%d bloggers like this: