Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Seluruh Negeri Dan Cara Bayaran Secara Online

Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Seluruh Negeri Dan Cara Bayaran Secara Online. Berapa kadar Zakat Fitrah terkini di seluruh negeri Malaysia? Setiap tahun bermula awal Ramadan sehingga 1 Syawal, setiap individu yang beragama Islam diwajibkan membuat bayaran Zakat Fitrah. Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan untuk umat Islam di setiap negeri pada tahun ini iaitu 2023M/1444H adalah berbeza. Kebiasaanya pembayaran zakat fitrah dibuat terus kepada amil yang dilantik khas oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Senarai Kadar Fitrah 2024 Seluruh Negeri Dan Cara Bayaran Secara Online

Berita baik buat anda, kini anda boleh membuat bayaran Zakat Fitrah secara online yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat. Para pembayar boleh melayari laman web sosial MAIN dan AMZ untuk dapatkan maklumat tentang bayaran dan kadar bayaran fitrah yang ditetapkan.

Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Seluruh Negeri Dan Cara Bayaran Secara Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kadar Zakat Fitrah termasuk memaparkan pengertian, waktu dan cara bayaran online :

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu :

  • Waktu Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  • Waktu Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
  • Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  • Waktu Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Malaysia

Kadar Dan Cara Bayaran Zakat Fitrah

Kelantan

Kadar Bayaran : RM7 / RM14 / RM21
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Atas Talian (Online)

  • Financial Process Exchange (FPX) melalui https://zakat.e-maik.my/

Johor

Kadar Bayaran : RM7 / RM10
Cara Bayaran :

Atas Talian (Online)

Kedah

Kadar Bayaran : RM7 / RM14 / RM21
Cara Bayaran :

A. Amil fitrah yang dilantik

B. Bayaran atas talian (Online)

Melaka

Kadar Bayaran : RM7 / RM14
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Atas Talian (Online)

  • Laman sesawang izakat.com
  • QRPay Bank Muamalat

Negeri Sembilan

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Atas Talian (Online)

  • Portal Pembayaran Zakat melalui www.zakatns2u.biz
  • Aplikasi ZakatN9
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY

Pahang

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

Atas Talian (Online)

Perak

Kadar Bayaran : RM7 / RM14 / RM21
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Atas Talian (Online)

Selangor

Kadar Bayaran : RM7 / RM14 / RM21
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Atas Talian (Online)

Pulau Pinang

Kadar Bayaran : RM7 / RM12 / RM16
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Atas Talian (Online)

  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY
  • QR Code
  • Aplikasi GoPayz
  • FPX

Sarawak

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Atas Talian (Online)

  • Portal Pelanggan TBS (Baitul Kamek)
  • Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
  • Portal MyEG
  • Maybank2U
  • Aplikasi SnapNPay

Sabah

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Atas Talian (Online)

  • Laman sesawang ejen-ejen bank
  • Portal MyEG
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY

Terengganu

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Atas Talian (Online)

  • Aplikasi Snap N Pay
  • FPX melalui Portal MAIDAM

Perlis

Kadar Bayaran : RM7
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Atas Talian (Online)

  • Aplikasi SnapNPay

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)

Kadar Bayaran : RM5 / RM7 / RM14
Cara Bayaran :

A. Bayaran Melalui Amil (Kaedah Manual)

B. Kaunter PPZ-MAIWP

C. Atas Talian (Online)

  • Melalui portal PPZ fitrah.zakat.com.my
  • Laman sesawang ejen-ejen bank (14 buah bank)
  • PayHalal
  • UMobile
  • Pos Online

Sumber: Twitter rasmi YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

BACA JUGA: Panduan Solat Sunat Tarawih

Leave a Reply