Cara Akses Dan Log Masuk DELIMa KPM Digital Learning

Cara Akses Dan Log Masuk DELIMa KPM Digital Learning. Apa itu DELIMa KPM? Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft, Google dan Apple melancarkan pelantar pembelajaran digital (digital learning) baharu iaitu DELIMa untuk memudahkan sesi pembelajaran di antara guru dan pelajar. Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) adalah merupakan platform pembelajaran digital yang menawarkan aplikasi berkaitan seperti Google Classroom, Microsoft 365 dan Apple Teacher Learning Center. Para guru dan pelajar boleh log in dan akses platform DELIMa menerusi laman web KPM.

Cara Akses Dan Log Masuk DELIMa KPM Digital Learning

Cara Akses Dan Log Masuk DELIMa KPM Digital Learning

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang DELIMa KPM termasuk memaparkan cara akses dan log in :

Apa itu DELIMa KPM

Digital Educational Learning Initiative Malaysia atau ringkasnya DELIMa merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pasca Frog VLE. DELIMa adalah platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru termasuk juga pelajar untuk belajar secara dalam talian (online).

Senarai Rakan Dalam Penyediaan Kandungan DELIMa

Kementerian Pendidikan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak lain seperti DIGI, MDEC, UNICEF, ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan pelbagai kandungan pembelajaran kepada para guru dan pelajar.

Sebagai contoh, Perpustakaan Negara Malaysia menawarkan beribu-ribu e-book percuma kepada guru dan pelajar manakala MDEC pula menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi.

Cara Akses Portal DELIMa

Sepertimana aplikasi MOE Digital Learning, DELIMa juga menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform tersebut. Para guru dan pelajar boleh mengakses DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning yang telah dibekalkan sebelum ini.

Para guru dan pelajar boleh layari ke laman web https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login. Sila guna ID Google Classroom yang KPM bagi untuk masuk ke sistem DELIMa.

ARTIKEL BERKAITAN : Contoh Templat MyPortfolio Guru (Panduan Penyediaan)

Cara Log Masuk DELIMa

Google for Education, Microsoft Education dan Apple Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka. Syarikat gergasi tersebut menyokong inisiatif terkini KPM dengan menyediakan akses khas kepada sistem dan aplikasi-aplikasi pendidikan serta membekalkan idea dan modul-modul pembelajaran.

Untuk log masuk platform DELIMa sila layari ke pautan https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login.

BACA JUGA : Login MOE-DL Online Digital Learning KPM

5 Comments

  1. Kamar al Muqaddasah November 10, 2020
  2. Kamar al Muqaddasah November 10, 2020
  3. Kamar al Muqaddasah November 10, 2020
    • Kamar al Muqaddasah November 10, 2020
  4. Yeap Kok Keong November 10, 2020

Leave a Reply