Senarai Kursus JMTI 2024 Program Jangka Pendek/ Sepenuh Masa

Senarai Kursus JMTI 2024 Program Jangka Pendek/ Sepenuh Masa. Berminat melanjutkan pengajian ke JMTI? Panduan buat anda yang membuat permohonan kemasukan ke Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) ambilan Januari dan Julai. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke JMTI dibuka dua kali setiap tahun dimana pengambilan Januari dibuka di laman web JTM manakala sesi Julai melalui portal UPU. Berikut adalah senarai kursus JMTI bagi jangka pendek dan sepenuh masa.

Senarai Kursus JMTI 2024 Program Jangka Pendek/ Sepenuh Masa

Senarai Kursus JMTI 2024 Program Jangka Pendek/ Sepenuh Masa

Berikut dikongsikan adalah maklumat senarai kursus yang ditawarkan di JMTI sepenuh masa dan jangka pendek termasuk memaparkan cara hubungi :

Institut Teknikal Jepun-Malaysia atau Japan Malaysia Technical Institute telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun. JMTI ditubuhkan adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan dan berpengetahuan dengan menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi dalam bidang teknologi termaju sejajar dengan keperluan teknologi semasa dalam sektor perindustrian. Institut ini menawarkan program latihan di peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan.

Tempoh Pengajian Di JMTI

Program pengajian di JMTI dijalankan dalam tempoh masa di antara 12 bulan hingga 30 bulan termasuk enam bulan Latihan Sambil Bekerja.

Program Utama Yang Ditawarkan di JMTI

  • Program Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Program Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Program Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Program Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  • Program Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu

JMTI turut menawarkan program di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia termasuk kursus-kursus jangka pendek kepada komuniti, pekerja-pekerja awam dan swasta.

Senarai Kursus Sepenuh Masa di JMTI 

(a) Diploma Teknologi Kejuruteraan

  1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
  3. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

(b) Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan

  1. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer
  3. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  4. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

Permohonan Kemasukan ke JMTI 2024

Permohonan kemasukan ke JMTI sesi 2024 boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://www.jmti.gov.my/

Untuk keterangan lanjut tentang kemasukan ke JMTI, sila hubungi di talian ;

JAPAN – MALAYSIA TECHNICAL INSTITUTE (JMTi) PLOT 59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK, SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, 14100 PULAU PINANG, MALAYSIA.
No. Tel : 604 5087800
No. FaksĀ : 604 5087809

BACA JUGA:

Leave a Reply