Permohonan MTD 2024/2025 Online Maktab Tentera Diraja (Form 4)

Permohonan MTD 2024/2025 Online Maktab Tentera Diraja (Form 4). Berminat melanjutkan pengajian ke Maktab Tentera Diraja (MTD)? Panduan buat pelajar Tingkatan Tiga (3) yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja ambilan 2024/2025 bagi Tingkatan Empat dibuka bermula daripada 1 Ogos hingga 17 September 2023. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web https://spskt4.moe.gov.my.

Permohonan MTD 2024/2025 Online Maktab Tentera Diraja (Form 4)

Maktab Tentera Diraja atau ringkasnya MTD adalah sebuah sekolah tentera yang ditubuhkan untuk melatih anak-anak muda Malaysia untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Lokasi Maktab Tentera Diraja kini terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Permohonan MTD 2024/2025 Online Maktab Tentera Diraja (Form 4)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Maktab Tentera Diraja termasuk memaparkan tarikh, syarat kemasukan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan: 1 Ogos – 17 September 2023

Syarat Kemasukan MTD 2024

Antara syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera Diraja yang pelajar perlu ikuti adalah seperti berikut ;

A. Syarat Akademik

Keputusan PT3 2020 sekurang-kurangnya 7A (termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains)

B. Syarat Khas

>> Warganegara – Malaysia.

>> Jantina – Lelaki sahaja

>> Tinggi Minimum – 152 cm

>> Berat Minimum – 40.5 kg

>> Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27

>> Ukuran dada – 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)

>> Kesihatan – Sihat tubuh badan

>> Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna.

NOTA: Wajib mempunyai email persendirian yang sah dan aktif.

Keistimewaan Maktab Tentera Diraja

Pendidikan ditaja sepenuhnya secara percuma meliputi :

  • Pembiayaan pengajian
  • Penginapan asrama
  • Sajian enam (6) kali sehari
  • Pakaian seragam & pakaian rasmi MTD
  • Rawatan kesihatan
  • Kemudahan komputer dan internet
  • Elaun Bulanan Putera RM100
  • Pelbagai kemudahan lain

Cara Permohonan Maktab Tentera Diraja 2024 Online

Permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja boleh dibuat secara atas talian di laman web https://spskt4.moe.gov.my/

Permohonan MTD 2024/2025 Online Maktab Tentera Diraja (Form 4)

Semakan Keputusan Tawaran MTD 2024 Online

Bagi calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke MTD boleh menyemak keputusan tawaran jangkaan pada bulan Disember 2023.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan MTD, sila hubungi ;

Unit Pengambilan & Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera
Maktab Tentera Diraja
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur

No. Tel : 03-89465562
Email : promosi.mtd@mrc.edu.my

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Maktab Tentera Diraja ambilan 2024.

Leave a Reply