Syarat Kemasukan Maktab Tentera Diraja (MTD)

Syarat Kemasukan Maktab Tentera Diraja (MTD). Panduan buat pelajar Tingkatan Tiga (3) yang berminat melanjutkan pengajian ke menengah atas di Maktab Tentera Diraja (MTD) ambilan 2019-2020. Apakah syarat kemasukan ke MTD? Untuk makluman, bagi yang berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke MTD sesi 2019/2020 secara atas talian (online) di http://www.rmc-education.edu.my/. Dijangka permohonan dibuka sekitar bulan Ogos 2018. Berikut adalah syarat kemasukan ke MTD.

Syarat Kemasukan Maktab Tentera Diraja (MTD)

Syarat Kemasukan Maktab Tentera Diraja (MTD)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan permohonan MTD sesi 2019/2020 yang merangkumi syarat am dan syarat fizikal :

Syarat Kemasukan MTD 2019-2020

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Maktab Tentera Diraja sesi 2019-2020 :

Syarat Am & Akademik MTD :

>> Warganegara – Malaysia.

>> Jantina – Lelaki.

>> Keputusan PT3 2018 (tahun semasa) – Sekurang-kurangnya 7A (termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains)

>> Keutamaan – Diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.

Syarat Fizikal MTD :

>> Tinggi Minimum – 152 cm

>> Berat Minimum – 40.5 kg

>> Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.

>> Ukuran Dada – 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas).

>> Penglihatan –  Baik dan tidak rabun warna (jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12).

>> Kesihatan – Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti.

Permohonan Maktab Tentera Diraja 2019-2020 Online Keputusan

Permohonan kemasukan ke MTD sesi 2019 boleh dibuat secara online di laman web rasmi MTD di http://www.rmc-education.edu.my. Senarai calon yang dipanggil menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal akan disiarkan di portal FB rasmi MTD di https://www.facebook.com/RoyalMilitaryCollege/. Semakan Keputusan tawaran MTD boleh disemak secara online di portal rasmi MTD.

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi ;

Unit Pengambilan & Promosi

Jabatan Pendidikan Tentera,

Maktab Tentera Diraja.

Tel : 03-89465562/5565 Isnin-Jumaat 8.15am-5.00pm

Semoga perkongsian tentang syarat kelayakan permohonan MTD ini dapat dijadikan panduan buat pemohon. Selamat membuat permohonan dan moga anda berjaya ditawarkan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja ambilan 2019-2020.

Leave a Reply

%d bloggers like this: