Permohonan Maktab Tentera Diraja 2025 MTD Online (Semak Tawaran). Berminat ke Maktab Tentera Diraja? Panduan buat pelajar Tingkatan Tiga yang ingin membuat permohonan kemasukan ke MTD. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) ambilan 2024/2025 bagi Tingkatan Empat digantikan kepada Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web KPM. Sekolah Khusus ini terdiri daripada SBP, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik, Kolej Vokasional termasuk MTD. Permohonan ini dibuka bermula daripada 1 Ogos hingga 17 September 2023.

Untuk kemasukan tahun 2024, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu PKSK untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada akademik semata-mata. PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus. Kaedah ini tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan PT3.
Permohonan Maktab Tentera Diraja 2025 MTD Online (Semak Tawaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Maktab Tentera Diraja termasuk memaparkan tarikh, syarat kemasukan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan: 1 Ogos – 17 September 2023
Maktab Tentera Diraja atau ringkasnya MTD merupakan sebuah sekolah tentera yang ditubuhkan untuk melatih anak-anak muda untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Lokasi utama MTD terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Syarat Kemasukan Maktab Tentera Diraja 2024
Antara syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera Diraja yang pelajar perlu ikuti adalah seperti :
- Warganegara Malaysia.
- Jantina – Lelaki.
- Tinggi Minimum – 152 cm
- Berat Minimum – 40.5 kg
- Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27
- Kesihatan – Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti.
Cara Permohonan MTD 2024 Tingkatan 4 Online
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus boleh dibuat menerusi pautan https://spskt4.moe.gov.my.
Semakan Status Kelayakan Untuk Menduduki PKSK
Semua murid yang telah membuat permohonan Sekolah Khusus boleh membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman web www.moe.gov.my pada tarikh yang ditetapkan.
Semakan Keputusan Tawaran MTD 2024 Online
Keputusan permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan 4 pada bulan Februari 2024 di pautan https://spskt4.moe.gov.my.
NOTA: Bagi calon Tingkatan 4 yang tidak ditawarkan ke mana-mana Sekolah Khusus boleh membuat rayuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi KPM di talian 03 8000 8000.
Semoga anda berjaya ditawarkan penempatan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja di Malaysia ambilan 2024.
Tingkatan tiga boleh ke jadi maktab tentera