Permohonan UTHM Februari 2020 (Program Sarjana Muda)

Permohonan UTHM Februari 2020 (Program Sarjana Muda). Berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Hussein Onn? Berita baik buat pemohon yang berminat melanjutkan pengajian di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi Program Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman menerusi portal rasmi UTHM, permohonan kemasukan ke UTHM ambilan Februari 2020 dijangka dibuka pada bulan Oktober 2019. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman sesawang UTHM.

Permohonan UTHM Februari 2020 (Program Sarjana Muda)

Permohonan UTHM Februari 2020 (Program Sarjana Muda)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke UTHM termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :

Universiti Tun Hussein Onn yang dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) adalah Institut Pendidikan Tinggi Awam yang ditubuhkan pada tahun 2000 dan terletak di Batu Pahat, Johor. Universiti ini mengkhususkan dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Kejuruteraan Awam, Teknologi Maklumat, Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan dan Sains Komputer.

Tarikh Penting Kemasukan UTHM 2020

● Tarikh Buka : 20 Oktober 2020 – 15 November 2019
● Tarikh Pendaftaran : 9 Februari 2020

Syarat Am Kemasukan UTHM

i. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (C) atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia kertas Julai dan lulus matapelajaran Sejarah.

ii. Memiliki kelulusan Diploma/ STPM atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

Artikel Berkaitan : Syarat Kemasukan ke UTHM

Cara Permohonan Universiti Tun Hussein Onn Februari 2020 Online

  1. Bagi pemohon yang berminat melanjutkan pengajian ke UTHM hendaklah melayari di laman sesawang UTHM https://wapps.uthm.edu.my/intake/.
  2. Bagi pemohon baru perlu membuat akaun dahulu untuk dibolehkan anda ke sistem permohonan secara online.
  3. Pastikan anda mengisi maklumat dengan lengkap dan sahih.

Semakan Keputusan UTHM Februari 2020 Online

Keputusan permohonan kemasukan ke UTHM boleh disemak secara online di laman web rasmi UTHM yang dijangka pada bulan Januari 2020.

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan ke UTHM boleh berhubung terus kepada :

PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu pahat
Johor

No. Telefon : 07- 4537696/ 7375/ 7683/ 7687

Semoga anda berjaya ditawarkan pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ambilan 2020.

Leave a Reply