Permohonan Pensyarah IPG 2024 Online Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan (Semakan)

Permohonan Pensyarah IPG 2024 Online Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan (Semakan). Berminat jadi seorang pensyarah di IPG? Panduan buat rakyat Malaysia yang berminat mengisi kekosongan jawatan pensyarah, jurulatih kokurikulum dan pegawai pengurusan di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Untuk makluman, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Siswazah Bumiputera/ Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik, Jurulatih Kokurikulum, Pegawai Kaunselor & Pegawai Pengurusan) yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Instititut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) dan English Language Teaching Centre (ELTC). Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 9 Mac hingga 21 Mac 2023 menerusi laman web https://mypdpp.moe.gov.my/myMOHON.

Permohonan Pensyarah IPG 2024 Online Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan (Semakan)

Bagi pensyarah yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak adalah layak mendapat Elaun Perumahan Wilayah, Elaun Gangguan, Elaun Kritikal, Elaun Warden (jika dilantik sebagai warden) dan Bantuan Sara hidup (BSH). Kekosongan kritikal di Sabah dan Sarawak.

Permohonan Pensyarah IPG 2024 Online Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan (Semakan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengambilan pensyarah, jurulatih kokurikulum dan pegawai pengurusan termasuk memaparkan tarikh, cara mohon dan semakan:

Tarikh Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum Dan Pegawai Pengurusan IPG 2023

  • Tarikh permohonan: 9 Mac – 21 Mac 2023
  • Semakan dokumen oleh IPGK: 22 Mac – 31 Mac 2023
  • Semakan panggilan temuduga: 2 April 2023
  • Temuduga bersemuka: 8 April – 18 April 2023

Syarat Kelayakan Jawatan Pensyarah Akademik IPG

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Disahkan dalam perkhidmatan;

c) Tahap kesihatan yang baik;

d) Mencapai kecemerlangan perkhidmatan dengan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021);

e) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;

f) Melaksanakan perisytiharan harta;

g) Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan
tidak berada dalam keberhutangan yang serius;

h) Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP;

Artikel Berkaitan: Cara Mohon Guru Di IPG

Permohonan Pensyarah IPG 2023 Online Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan (Semakan)

Cara Mohon Pensyarah IPG Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal https://mypdpp.moe.gov.my/myMOHON/

2. Sila sertakan semua Salinan dokumen/ sijil (Perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Kumpulan A) seperti berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini;
  • Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD);
  • Sijil-sijil Ko-kurikulum/ Penglibatan NGO;
  • Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada);
  • Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan ;

3. Calon perlu mencetak borang permohonan dari sistem myMohon dan wajib mendapat sokongan serta ulasan dari Ketua Jabatan masing-masing. Calon perlu mendapat kelulusan atau pelepasan dan ulasan daripada Pengarah Bahagian/ JPN seperti dalam ruangan kelulusan Ketua Jabatan dan Pengarah Bahagian/ JPN sebelum menghantar borang ke IPGK yang dipilih.

4. Borang permohanan yang telah lengkap dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Bahagian/ JPN perlu dihantar ke IPGK yang berkenaan untuk diproses. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

NOTA: Calon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Proses temuduga secara bersemuka akan dilaksanakan di IPG Kampus yang dimohon. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan dari tarikh iklan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian;

Unit Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Pendaftar,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya,
SELANGOR

No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/ 6644/ 6613

BACA JUGA: Senarai IPG Seluruh Malaysia

Leave a Reply