Permohonan Pinjaman TAPEM 2023 Online (Bantuan IPT). Nak mohon pinjaman atau bantuan IPT? Panduan buat pelajar IPT khususnya anak jati Negeri Melaka yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA. Untuk makluman, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) ada menawarkan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) atau Bantuan Institusi Pengajian Tinggi kepada mereka yang sedang melanjutkan pengajian dalam program Diploma dan Ijazah. Pinjaman TAPEM telah dibuka permohanan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2022. Permohanan ini boleh dibuat secara online menerusi portal TAPEM https://tapemonline.melaka.gov.my.
Permohonan Pinjaman TAPEM 2023 Online (Bantuan IPT)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bantuan atau pinjaman pelajaran TAPEM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, senarai bantuan dan aplikasi permohanan :
Apa Itu TAPEM?
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. TAPEM befungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman iaitu:
- Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
- Bantuan Institusi Pengajian Tinggi
- Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)
- Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah
- Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang
Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran TAPEM
a. Permohanan yang layak dipertimbangkan mestilah terdiri daripada “ANAK NEGERI MELAKA” yang ditakrifkan seperti berikut
- Pemohon lahir di Negeri Melaka; atau
- Ibu atau / dan bapa pemohon lahir Negeri Melaka; atau
- Menetap di dalam Negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun.
b. Hanya pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat DIPLOMA dan IJAZAH sahaja yang boleh memohon secara atas talian.
Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
- Kepada anak-anak Melaka yang mendapat tawaran di IPTA/IPTS yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri.
- Terdapat 2 kategori PWPT iaitu Pinjaman Biasa atau Pinjaman Asnaf Fisabilillah (untuk pengajian Islam di luar Negara iaitu Mesir dan Indonesia serta institusi yang diperakui oleh Kerjaan Negeri)
- Pemohon terbuka kepada ‘ ANAK NEGERI MELAKA’ bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri.
Cara Mohon Bantuan IPT Dan Pinjaman TAPEM Online
Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal https://tapemonline.melaka.gov.my/
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian :
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
No 34-4, Tingkat 4,
Bangunan Kota Cemerlang
Hang Tuah Jaya,
75450 Lebuh Ayer Keroh
Melaka
No. Tel: 06-333 3333 Sambungan 3201/3204/3210/3222
No. Faks: 06-233 1450
Email : tapem@melaka.gov.my
BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan IPT