Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2025 IPT Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2025 IPTA Online (Semakan Keputusan). Anda berminat membuat pinjaman pengajian tinggi atau tajaan biasiswa ke IPTA? Berita baik buat warga Malaysia khususnya Negeri Sabah yang ingin melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negeri. Untuk makluman, Yayasan Sabah mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon tajaan Dermasiswa/ Biasiswa / Pinjaman Pengajian Tinggi untuk mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi Yayasan Sabah sehingga tarikh tutup pada 5 Julai 2023.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2024 IPTA Online (Semakan Keputusan)

Permohonan biasiswa Yayasan Sabah akan dibuka setiap tahun bagi yang berkelayakan. Biasiswa Yayasan Sabah adalah tajaan dari Yayasan Sabah (YS) yang akan diberikan secara one-off dan tidak perlu dibayar semula. Pemohon yang berjaya akan menerima sebanyak RM1,000 bagi kemasukan IPTA dalam negeri dan RM1,000 bagi pengajian luar Negeri Sabah.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2025 IPTA Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Tajaan Biasiswa Yayasan Sabah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Tutup Permohonan: –

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sabah

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Yayasan Sabah yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

A. Syarat Am

Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah

B. Syarat Akademik

1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2022.

2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah
Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.

3. Biasiswa Kejuruteraan
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi /’A’ Level.

4. Kursus Foundation (Kejuruteraan)
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

5. Biasiswa Perubatan Mesir
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi.

6. Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

7. Dermasiswa Kemahiran Belia
Pemohonan daripada para Belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM.

8. Dermasiswa KTYS
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

PINJAMAN PENGAJIAN

Pinjaman pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa/ Biasiswa.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2023 IPT Online (Semakan Keputusan)

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah Online

1. Permohonan biasiswa Yayasan Sabah boleh dibuat secara online melalui pautan di http://www.yayasansabahgroup.org.my

2. Pastikan sebelum mengakses borang secara online, pemohon perlu mendapatkan Nombor PIN permohonan secara PERCUMA di semua pejabat Yayasan Sabah yang terdekat. (Dinasihatkan bawa salinan kad nombor pengenalan pemohon)

3. Setelah borang diisi dengan lengkap, anda perlu cetak borang permohonan bersama salinan dokumen yang disahkan dan dihantar ke alamat tertera dibawah. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut ;

a. Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
b. Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/ Penjaga.
c. Sijil-sijil persekolahan.
d. Satu keping gambar berukuran pasport.
e. Slip gaji terakhir pemohon (jika bekerja) atau slip gaji terakhir ibu dan bapa (bagi pemohon yang tidak bekerja).
f. Surat pelepasan atau surat kelulusan cuti  belajar (untuk pegawai kerajaan).
g. Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (jika ada)
h. Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar).

Bahagian Pembangunan Pendidikan
Kumpulan Yayasan Sabah
Aras 4, 5 dan 7, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALU

Nota :

a. Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.

b. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 September 2023.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

Menara Tun Mustapha
Yayasan Sabah Headquarters Complex
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA

No. Tel: +(60) 88 326300
No. Fax: +(60) 88 326424
Email: ysinfo@ysnet.org.my

BACA JUGA: Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Leave a Reply