Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara 2022 (PKILN)

Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara 2022 (PKILN). Panduan buat lepasan STPM yang ingin memohon pinjaman pelajaran atau program biasiswa. Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan satu bantuan pelajaran iaitu Program Khas Ijazah Luar Negara (PKILN) buat pelajar cemerlang lepasan STPM/ Matrikulasi/ Persediaan untuk menyambung pelajaran bagi pengajian Ijazah Pertama dalam bidang- bidang yang dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Permohonan ini dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my mulai 15 Julai sehingga 24 Julai 2022.

Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara 2022 (PKILN)

Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara 2022 (PKILN)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Khas Ijazah Luar Negara termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan keputusan:

Syarat Kelayakan Program Khas Ijazah Luar Negara

A. Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus pemeriksaan kesihatan;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  • Tamat pengajian program persediaan yang dikenal pasti (rujuk perincian di perenggan 2.2) pada tahun 2022 dengan keputusan minimum yang ditetapkan;
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (atau 23 tahun bagi pelajar peralihan);
  • Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa; dan
  • Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.

B. Syarat Khusus

Memenuhi syarat akademik minimum yang ditetapkan seperti berikut:

Program PersediaanSyarat Akademik Minimum
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.50/ 4.00
Matrikulasi Kementerian Pendidikan MalaysiaPNGK 3.50/ 4.00
A-Level dari pusat / kolej persediaan / IPTS tempatan14/ 15 mata (tanpa C)
International Baccalaureate Diploma Programme (IB) dari pusat / kolej persediaan / IPTS tempatan35/ 45 mata

Bidang Pengajian Ditaja PKILN

Program ini mensasarkan penajaan di dalam bidang Kejuruteraan dan Sains & Teknologi yang seiring Dasar Sains, Teknologi dan Industri Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy (MySTIE) Framework iaitu bidang teknologi teras (DeepTech) seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), Internet of Things (IOT), blockchain, bahan dan teknologi termaju (Advanced Material) dan analitik data raya (Big Data Analytic). Ini juga termasuk ekonomi hijau (Green Economy) yang melibatkan sektor-sektor utama antaranya pembinaan, gunatenaga, pertanian dan pengangkutan

Cara Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara Online

Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my

Semakan Keputusan Program Khas Ijazah Luar Negara 2022

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2022.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 atau emel ke penajaan2022@jpa.gov.my.

BACA JUGA : Permohonan Biasiswa JPA Program Pelajar Cemerlang 2022 (PPC)

Leave a Reply