Permohonan Program Biasiswa Komanwel New Zealand 2020 Online (Sarjana & PHD)

Permohonan Program Biasiswa Komanwel New Zealand 2020 Online (Sarjana & PHD). Anda sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah? Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan biasiswa pendidikan. Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa kepada anda yang berminat untuk memohon Biasiswa Komanwel New Zealand tahun 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 6 Mac sehingga 31 Mac 2020 di laman web rasmi JPA.

Permohonan Program Biasiswa Komanwel New Zealand 2020 Online (Sarjana & PHD)

Permohonan Program Biasiswa Komanwel New Zealand 2020 Online (Sarjana & PHD)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Komanwel New Zealand termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 6 Mac – 31 Mac 2020

Syarat Kelayakan Biasiswa Komanwel New Zealand

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Komanwel New Zealand yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

a. Umur tidak melebihi 39 tahun pada 1 Oktober 2020

b. Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik.

c. Bersih daripada pertuduhan/ tindakan taatertib dan bebas dari dakwaan mahkamah.

d. Tidak mendapat mana-mana penajaan dari agensi yang lain bagi pengajian yang diikuti.

Cara Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand Online

a. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi JPA http://esilav2.jpa.gov.my.

b. Bagi calon bukan kakitangan Kerajaan (swasta, pelajar, tidak bekerja), borang
permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2 salinan (1 asal dan 1 salinan fotostat) selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020 ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
62510 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

c. Manakala bagi calon yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan (penjawat awam), calon juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2
salinan (1 asal dan 1 salinan fotostat) kepada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan masing-masing. Pencalonan daripada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan perlu dihantar ke JPA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020.

Leave a Reply

%d bloggers like this: