Permohonan Program Dermasiswa B40 2025 Online (Semakan Keputusan). Panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan biasiswa JPA tahun 2025. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40. Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dan sijil profesional daripada keluarga yang berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi JPA mulai 10 Februari sehingga 14 Mac 2025.

Pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada Industri. Bagi tahun 2024, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Institut Kemahiran Awam, UniKL Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), UniKL Malaysia Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan universiti bertaraf Government Linked Universities (GLU) iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Multimedia (MMU).
Permohonan Program Dermasiswa B40 2025 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Dermasiswa B40 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang tajaan dan cara permohonan :
Tarikh permohonan: 10 Februari – 14 Mac 2025
Syarat Kelayakan Program Dermasiswa B40
Antara syarat-syarat kelayakan program Dermasiswa B40 adalah seperti berikut :
SYARAT UMUM
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024 buat kali pertama;
(iv) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
(v) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama;
(vii) Pendapatan isirumah ibu bapa atau penjaga adalah RM4,849 sebulan dan ke bawah.
SYARAT KHUSUS
i. Bagi Institut Kemahiran Awam (IKA) yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):
(a) Menduduki SPM 2024 dan mendapat kepujian bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil;
(b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
ii. Bagi Universiti Awam (UA) dan Politeknik:
(a) Menduduki SPM 2024 dan mendapat kepujian bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil.
(b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
Senarai Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja
Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.
Cara Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40 Online
- Permohonan dibuka secara atas talian di laman web https://bmipenajaan.jpa.gov.my/
- Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2025 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
Semakan Status Program Dermasiswa B40 2025
Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang https://bmipenajaan.jpa.gov.my/.
Untuk pertanyaan lanjut tentang program tajaan ini sila emel ke dermasiswa2025@jpa.gov.my.
BACA JUGA: Permohonan Program Penajaan 9A+